Pendidikan percuma untuk pelajar miskin: Janji MADANI ditunai, janji PN terkulai

BELANJAWAN 2026 bukan sekadar angka dan jadual peruntukan, tetapi manifestasi keikhlasan Kerajaan MADANI dalam mengangkat martabat rakyat terbawah.

Langkah bersejarah memberikan pendidikan percuma melalui PTPTN kepada 5,800 pelajar daripada keluarga miskin membuktikan kerajaan ini benar-benar mahu memecahkan tembok kemiskinan melalui ilmu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa RM120 juta diperuntukkan setahun bagi memastikan anak-anak daripada keluarga berpendapatan bawah RM2,705 dapat melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tanpa dibebani hutang pendidikan.

Ini bukan gimik politik, ini dasar berani. Pendidikan percuma untuk golongan miskin adalah pelaburan sosial yang paling bijak iaitu memberi peluang kepada mereka yang sebelum ini hanya mampu bermimpi untuk menjejak kaki ke universiti.

Lebih manis, pelajar yang menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama turut diberi pengecualian bayaran balik PTPTN.

Seramai lebih 6,000 graduan bakal menikmati manfaat ini dengan peruntukan tambahan RM90 juta setahun.

Ini bukan sekadar penghargaan kepada pelajar cemerlang, tetapi simbol pengiktirafan kepada kerja keras dan kejujuran ilmu.

Namun, bagi yang mampu membayar tapi pura-pura lupa tanggungjawab, kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara. Ringkas tapi tegas. Yang jujur diberi galakan, yang culas diberi peringatan.

Sebenarnya, apa yang diumumkan ini pernah dijanjikan oleh blok pembangkang dulu, kononnya mahu hapus PTPTN bila berkuasa.

Tapi janji tinggal janji, habis pilihan raya habis cerita.

Kini, Kerajaan MADANI telah mendahului dan bukan dengan slogan, tetapi tindakan.

Belanjawan ini bukan sekadar kertas ucapan di Dewan Rakyat, tetapi nadi harapan buat ribuan keluarga miskin yang mahu melihat anak mereka berjaya.

Dan mungkin sebab itu, ada yang akan rasa cemburu.

Kerana apa yang mereka gagal lakukan dengan laungan populis, Kerajaan MADANI laksanakan dengan dasar yang realistik dan berjiwa rakyat.

Kesimpulannya, Anwar Ibrahim berjaya menunaikan apa yang dulu dianggap mustahil iaitu pendidikan percuma untuk anak bangsa.

Inilah beza antara kerajaan yang bekerja untuk rakyat, dengan mereka yang sekadar menunggu untuk kembali berkuasa.

Related Posts

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

Oleh: Hanapi Jusoh SEJAK isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam eFishery menjadi perhatian, ada pihak yang terus menuding jari kepada Perdana Menteri (PMX). Tetapi persoalannya, adakah tuduhan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai petunjuk berlakunya penolakan dalam kalangan pengundi Melayu terhadap Pas dan Perikatan Nasional (PN), sekali gus menafikan dakwaan wujudnya ‘gelombang hijau’ yang berterusan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR