4,500 doktor kontrak diserap, kadar ETAP naik sekitar 40 peratus

KERAJAAN meluluskan seramai 4,500 doktor kontrak untuk ditawarkan jawatan tetap pada tahun depan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

“Sejak 2023 hingga 2025, Kerajaan MADANI yang telah meluluskan 1,500 jawatan tetap tambahan bagi menyerap doktor kontrak ke jawatan tetap tambahan bagi menyerap doktor ke jawatan tetap. Termasuk pengisian tahunan, sejunlah 12,900 doktor kontrak telah diserap ke jawatan tetap.

“Sukacita diumumkan, kerajaan meluluskan seramai 4,500 doktor kontrak akan ditawarkan ke jawatan tetap tahun hadapan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kadar fi perundingan pengamal perubatan am tidak disemak sejak 2006, kerajaan bersetuju menetapkan semula kadar fi perundingan antara RM10 hingga RM80 ketimbang RM10 hingga RM35 sebelum ini.

Sementara itu, Anwar berkata, kadar elaun tugas atas panggilan (ETAP) yang tidak dikaji sejak 2011 dinaikkan sekitar 40 peratus berkuat kuasa 1 Oktober 2025 dengan peruntukan tambahan 120 juta setahun.

“Umpamanya, doktor pakar yang diarah bertugas atas panggilan aktif pada hari cuti, kadar ETAP ditingkatkan kepada RM350 ketimbang RM250,” katanya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak