Belanjawan 2026: PTPTN tawar pendidikan percuma untuk pelajar keluarga miskin

KUALA LUMPUR – Seramai 5,800 pelajar daripada keluarga miskin yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bakal menikmati pendidikan percuma melalui pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula tahun hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diperkenalkan bagi memastikan anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan tidak tercicir daripada peluang pendidikan tinggi.

“Kerajaan memperuntukkan RM120 juta setahun untuk membiayai skim pendidikan percuma ini bagi membantu pelajar yang benar-benar memerlukan,” ketika membentangkan Belanjawan (2026) di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anwar turut mengumumkan kerajaan bersetuju mengecualikan bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua graduan yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA, khususnya yang berlatar belakang keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

“Langkah ini memberi manfaat kepada sekitar 6,000 peminjam PTPTN dengan peruntukan tahunan sebanyak RM90 juta,” katanya.

Selain itu, beliau memaklumkan kerajaan juga akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam yang mampu membayar balik pinjaman namun enggan berbuat demikian, termasuk mereka yang bekerja di luar negara.

“Kerajaan tidak akan berkompromi dengan peminjam culas yang mempunyai kemampuan, kerana dana PTPTN perlu terus berputar bagi membiayai pelajar generasi seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, peruntukan untuk Kementerian Pendidikan telah dinaikkan kepada RM66.2 bilion dalam Belanjawan 2026, meningkat daripada RM64.2 bilion pada tahun sebelumnya.

“Mutu prasarana sekolah kekal menjadi keutamaan MADANI, di mana hampir RM2 bilion disedikan bagi menaik taraf lebih 520 sekolah daif khususnya di Sabah Sarawak, selain membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah. 

“Perbelanjaan terbabit termasuklah membaik pulih kemudahan murid dan bilik guru susulan kejayaan kita membaik pulih tandas, kantin, dan musolla dalam masa singkat,” katanya.

Related Posts

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

PENGHANTARAN pulang secara sukarela tahanan warga Myanmar dari depot imigresen perlu dilaksanakan dengan kerangka yang jelas bagi memastikan aspek kedaulatan negara dan kemanusiaan terus dipelihara. Pengarah, Pusat Penyelidikan Populasi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

MELAKA – Selepas hampir dua minggu Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan, tumpuan kini terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dijadual mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi menentukan tarikh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

Pemulangan pelarian Myanmar, Malaysia perlu seimbang kedaulatan, kemanusiaan – Pakar

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Tarikh penting PRN Melaka diumum hari ini

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Jet dikaitkan seludup 521kg methamphetamine dipercayai ambil dadah di Laos

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Bomba Zon 5, APM Lahad Datu, pantau kawasan susulan gempa bumi

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan

Tidak perlu lagi banyak aplikasi, MyGOV himpunkan perkhidmatan kerajaan