Umat Islam diseru sertai solat hajat, doa selamat Global Sumud Flotilla

KUNAK – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kunak menyeru umat Islam di daerah ini untuk bersama-sama menunaikan Solat Hajat dan Doa Selamat Solidariti Global Sumud Flotilla (GSF), pada Khamis.

Menurut JHEAINS Kunak, program serentak itu akan dilaksanakan di seluruh masjid dan surau di Kunak selepas solat Zuhur dan solat Maghrib.

“Mari bersama memohon pertolongan Allah SWT agar misi kemanusiaan Sumud Flotilla dipermudahkan, diberi keselamatan dan mencapai kejayaan.

“Semoga usaha ini menjadi bukti kesatuan ummah dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan untuk rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan di Facebook JHEAINS Kunak, pada Khamis.

Untuk rekod, 12 sukarelawan warganegara Malaysia termasuk dua yang berasal dari Sabah iaitu Zizi Kirana dan Sul Aidil yang menyertai misi kemanusiaan GSF ke Gaza dilaporkan ditahan secara tidak sah tentera Israel selepas kapal yang mereka naiki dipintas di perairan antarabangsa, awal pagi Khamis.

10 lagi yang ditahan Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin, Rusydi Ramli, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Iylia Balqis, Ahmad Musa Al-Nuwayri, Farah Lee dan Danish Nazram.

Mesej SOS kecemasan bagi semua 12 sukarelawan berkenaan disiarkan di media sosial Sumud Nusantara, menandakan mereka dalam tahanan Israel.

Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerusi perkongsian di Facebooknya menzahirkan kebimbangan terhadap penahanan terbabit dan yakin Perdana Menteri bersama Menteri Luar Negeri mencari serta mengambil langkah diplomatik terbaik dalam membantu pembebasan segera semua sukarelawan yang terlibat.

“Saya menyeru seluruh warga Sabah, tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, dan politik agar bersatu dalam memberikan solidariti terhadap perkara ini.

“Doa kita mengiringi keselamatan dan pembebasan mereka yang berjuang atas nama kemanusiaan,” ujarnya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3