Konsert Simfoni Suara Hati anjuran JPA bawa mesej kesihatan mental

PUTRAJAYA – Konsert Simfoni Suara Hati yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media Angkasapuri, malam tadi bukan hanya menyajikan hiburan, tetapi membawa mesej serta kesedaran mengenai kesejahteraan mental.

Konsert julung kali dianjurkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Jabatan Penyiaran Malaysia itu bermatlamat mewakili suara hati golongan masyarakat yang berdepan isu kesihatan mental.

JPA dalam kenyataan berkata, penganjuran konsert itu adalah isyarat JPA sentiasa mendengar, memahami dan mengiktiraf perjuangan individu yang sedang berperang dengan beban emosi yang sukar diekspresikan.

“Konsert ini menjadi medium baharu untuk menzahirkan suara hati mereka. Bukan dengan statistik atau laporan, tetapi melalui alunan muzik dan melodi serta bait lirik yang menyentuh jiwa.

“Ia juga membawa mesej harapan bahawa walau apa pun cabaran yang dihadapi, masih ada cahaya, masih ada kekuatan dan kita tidak pernah bersendirian dalam perjalanan ini.

“Menjadi harapan JPA supaya konsert terbabit menjadi permulaan kepada satu budaya baharu di mana kesejahteraan mental tidak lagi menjadi isu yang disorokkan, tetapi diraikan sebagai sebahagian daripada kekuatan insani kita,” katanya.

Kenyataan itu juga berkata, JPA juga mahu perkhidmatan psikologi perkhidmatan awam bukan hanya dilihat sebagai ruang formal di pejabat, tetapi sebagai sahabat yang hadir dalam kehidupan seharian masyarakat melalui pelbagai platform merangkumi seni, budaya, pendidikan dan sokongan komuniti.

“Dalam perkhidmatan awam yang terdiri daripada pelbagai generasi, penterjemahan ‘suara hati’ melalui muzik disifatkan tepat kerana ia bahasa universal yang mampu difahami setiap jiwa,” kata kenyataan itu lagi.

Penganjuran konsert terbabit turut disokong pelbagai rakan strategik antaranya Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), komuniti seni dan badan profesional psikologi termasuk Persatuan Kaunseling Malaysia (Perkama), Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA) dan Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam (PSIPA).

“Setiap pihak membawa kekuatan tersendiri, ada yang menyediakan kepakaran klinikal, menyumbang tenaga sukarela dan menghulurkan seni sebagai medium terapi.

“Inilah wajah sebenar sebuah ekosistem penyayang apabila sektor awam dan masyarakat berganding bahu, suara hati mereka yang terluka dapat didengari, dirawat dan dipulihkan,” katanya.

Antara artis tersohor yang menjayakan persembahan konsert itu ialah Datuk Amy Search, Zynakal, Neeta Manis, Nadeera, Amir Masdi, El Farabi, Salam, dan Umairah.

Ia dianjurkan bersempena Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke-29 Tahun 2025 selama dua hari berakhir pada 30 September 2025, yang juga platform penting untuk membincangkan isu kesejahteraan mental dan psikologi dalam kalangan pegawai awam di era digital.

Related Posts

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

PUTRAJAYA – Keputusan menghentikan tayangan filem Konspirasi di pawagam  dibuat atas pertimbangan dalaman syarikat tanpa dipengaruhi mana-mana pihak berkepentingan. Penerbit filem itu, Elepfilm Entertainment menegaskan, langkah drastik tersebut diambil setelah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ASA 2026 diperbaharui, tampil konsep Broadway sempena 80 tahun RTM

KUALA LUMPUR – Penganjuran Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA) bakal tampil dengan kelainan menerusi pembaharuan konsep dan penstrukturan kategori pertandingan, sejajar usaha memastikan acara berprestij itu terus seiring perkembangan industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow