Majlis Tilawah al-Quran zon Sundar/Awat-Awat semarakkan kecintaan kepada kalamullah

SUNDAR – Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Peringkat Zon Sundar/Awat-Awat 1447H/2025M yang berlangsung di Masjid Misbahul Huda, Kampung Awat-Awat pada Sabtu lalu berjaya menyemarakkan kembali kecintaan masyarakat terhadap kalamullah setelah kali terakhir dianjurkan pada tahun 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MTQ merangkap Ketua Kampung Awat-Awat, Haris Matsapar berkata, penganjuran kali ini menjadi wadah penting untuk memperkukuh ukhuwah selain memupuk penghayatan al-Quran dalam kalangan umat Islam.

“Selepas 10 tahun, Awat-Awat sekali lagi diberi amanah sebagai tuan rumah MTQ. Kami menyambut tanggungjawab ini dengan penuh dedikasi agar majlis berjalan lancar serta memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Jawatankuasa Perayaan Islam Daerah Kecil Sundar atas kepercayaan yang diberikan serta semua pihak yang telah memberi kerjasama, termasuk pemimpin masyarakat, jawatankuasa penganjur dan para penyumbang.

Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas, Syeikh Hadzrei Adam Seberi ketika merasmikan majlis, menzahirkan penghargaan kepada Pejabat Daerah Kecil Sundar, Jawatankuasa Pengelola, Masjid Misbahul Huda serta seluruh penduduk Kampung Awat-Awat yang berganding bahu menjayakan penganjuran kali ini.

“Majlis Tilawah al-Quran ini bukan sahaja menjadi acara tahunan peringkat daerah, malah kesinambungan usaha melahirkan bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat negeri, kebangsaan bahkan antarabangsa. Insya-Allah, dari Lawas juga berpotensi lahir qari yang mampu mengharumkan nama di pentas dunia,” katanya.

MTQ Zon Sundar/Awat-Awat 2025 berlangsung selama dua hari dengan penyertaan 11 peserta, terdiri daripada tujuh qari dan empat qariah.

Penganjuran ini bukan sahaja menonjolkan kemahiran bacaan al-Quran yang fasih, malah turut menyerlahkan semangat penghayatan ayat-ayat suci dalam kalangan peserta dan masyarakat setempat.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan