Brighton pamer aksi menarik, tewaskan Chelsea di Stamford Bridge

CHELSEA yang beraksi dengan 10 pemain, tewas 1-3 kepada Brighton & Hove Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, malam tadi.

Pertahanan The Blues, Trevoh Chalobah dilayangkan kad merah pada minit ke-53 selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati dia melakukan kekasaran terhadap Diego Gomez yang dianggap berpotensi menggagalkan peluang menjaringkan gol.

Situasi itu membuka ruang buat Brighton untuk bangkit memanfaatkan kelebihan pemain.

Chelsea sebelum itu bermula baik apabila Enzo Fernandez menanduk masuk bola pada minit ke-24 hasil tekanan bertali arus tuan rumah yang menguasai separuh masa pertama.

Brighton mula menguasai permainan selepas kelebihan jumlah pemain dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-77 menerusi Danny Welbeck yang menanduk kemas hantaran rakan sepasukan.

Memasuki masa tambahan, Brighton terus garang apabila Maxim De Cuyper meletakkan mereka di depan juga menerusi tandukan pada minit ke-92.

Welbeck kemudiannya menutup malam gemilang buat Brighton apabila menambah gol kedua peribadinya, sekali gus memastikan kemenangan bergaya 3-1 pada minit ke-100.

Related Posts

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

SKUAD Harimau Malaya membuka kempen Piala ASEAN 2026 dengan langkah kanan selepas menumbangkan Myanmar 2-1 pada aksi pertama Kumpulan B di Stadium Thuwunna, malam tadi. Kebangkitan pada babak kedua jelas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkembangan lanjut mengenai kemungkinan Malaysia kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) akan diumumkan pada Ahad ini. “Saya akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

Dakwaan KJ tidak cerminkan realiti sebenar sokongan rakyat

Dakwaan KJ tidak cerminkan realiti sebenar sokongan rakyat