Kebersihan cerminan masyarakat, pemangkin pelancongan Tawau

TAWAU – Aspek kebersihan bukan sahaja mencerminkan imej masyarakat tetapi turut memberi impak besar terhadap kemajuan sektor pelancongan yang kian pesat di Tawau.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, perkara itu selari dengan kelulusan peruntukan lebih RM120 juta untuk menaik taraf Lapangan Terbang Tawau (LTT).

Katanya, Tawau merupakan bandar penting di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan dan kewajaran kebersihan itu amat penting bagi memastikan Tawau menjadi destinasi pilihan pelancong.

“Apabila bandar ini bersih dan teratur, ia akan menarik pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya apabila Tawau kini dikenali sebagai pusat pesta kebudayaan antarabangsa yang berpotensi dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negara.

“Melalui program Cuci ini, kerjasama dalam kalangan masyarakat termasuk dengan pihak berkuasa tempatan semakin erat demi menjadikan Tawau sebuah bandar bersih, sejahtera dan mesra pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Hari Cuci Malaysia 2025: Program Pembersihan Mega Peringkat Perbandaran Tawau di Dewan Masyarakat Tawau, pada Sabtu.

Program Cuci itu menyaksikan pelaksanaan gotong-royong perdana secara serentak di seluruh kawasan perbandaran Tawau oleh komuniti termasuk di kawasan perumahan dan perkampungan.

Mengenai naik taraf LTT, Nizam menzahirkan penghargaan kerana selepas bertahun-tahun menunggu, projek ini akhirnya direalisasikan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Alhamdulillah, dengan adanya lapangan terbang baharu, masyarakat Tawau harus bersedia memperbaiki perkhidmatan hotel, pengangkutan dan kebersihan bandar supaya manfaat ekonomi dapat dirasai bersama.

“Projek itu bakal meningkatkan kapasiti semasa yang telah melebihi 1.8 juta pengunjung setahun sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada penduduk setempat,” ujarnya.

Related Posts

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

AMPANG – Sebanyak 24 kompaun dikeluarkan dalam Operasi Cegah Denggi di Lokaliti Wabak Tidak Terkawal di Pangsapuri Sri Nilam, Bandar Baru Ampang, Sabtu lalu. Operasi yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Ampang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

MUKAH – Pasukan Kasihnya Warisan dinobatkan sebagai Raja Sungai selepas menjuarai acara kemuncak lumba perahu bidar Pesta N58 Balingian @ Penakub Ulu 2026 di Tebingan Kampung Penakub Ulu pada Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Bakat kecil hari ini, potensi besar masa depan – Saarani

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Regatta Subis@Niah 2026 tawar pelbagai aktiviti, sasar rancakkan pelancongan tempatan

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling

Program Hasrat MADANI Jerantut tutup tirai di Kuala Tembeling