Sokongan sektor swasta penting dalam transformasi pertanian moden Sarawak – Uggah

KUCHING – Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Sarawak sentiasa berusaha meningkatkan sektor makanan dan pertanian.

“Langkah ini merupakan aspirasi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menjadi asas kepada sumber ekonomi Sarawak,” ujar beliau.

Tambah beliau, inisiatif permodenan menjadi sangat penting terutama tujuan eksport.

“Oleh itu, kerajaan Sarawak berusaha memodenkan dan komersial sektor makanan dan pertanian dengan menggunakan teknologi pintar,” ujar beliau.

Kata Uggah, kerajaan Sarawak turut bekerjasama dengan berbagai-bagai sektor global dalam merealisasikan langkah tersebut.

“Bagi mencapai visi dan matlamat tersebut, kerajaan Sarawak menggalakkan penyertaan sektor swasta untuk mempercepatkan transformasi sektor pertanian di Sarawak,” kata Uggah.

Beliau berkata demikian sambil menyampaikan ucapan Premier Sarawak ketika hadir pelancaran Sarawak AgriFoodTech Sustainability Impact Fund, Kuching pada Rabu.

Sementara itu, Abang Johari berkata terdapat beberapa inisiatif penting seperti taman agro’, taman akuakultur dan taman teknologi agro sudah pun dilaksanakan.

“Inisiatif tersebut memberi platform kepada sektor awam untuk menerokai dan melabur dalam industri pertanian,” ujar beliau.

Selain itu, Abang Johari menjelaskan beberapa zon yang dilengkapi dengan infrastruktur yang lengkap untuk menarik pelabur untuk meningkatkan sektor agrikultur di Sarawak.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP