Pulau Pinang tersenarai 10 Destinasi Pelancongan Terbaik Asia 2025

GEORGE TOWN – Pulau Pinang sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila tersenarai dalam 10 Destinasi Pelancongan Terbaik Asia 2025 oleh majalah pelancongan antarabangsa, Smart Travel Asia.

Dalam pengumuman itu, Bangkok, Thailand dinobatkan sebagai destinasi nombor satu, diikuti Tokyo, Jepun dan Bali, Indonesia yang berkongsi tempat kedua, manakala Chiang Mai, Thailand berada di kedudukan ketiga.

Pulau Pinang pula berkongsi kedudukan ketujuh bersama Singapura dan Siem Reap/Angkor, Kemboja manakala Kuala Lumpur di tangga kelapan bersama Phu Quoc, Vietnam dan Maldives.

Sabah turut melengkapkan senarai dengan berada di tempat ke-10.

Turut tersenarai, Hotel Eastern & Oriental (E&O) Pulau Pinang yang diiktiraf antara 10 Hotel Perkahwinan Terbaik Asia, sekali gus mengangkat nama negeri ini di peringkat antarabangsa.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai berkata, pengiktirafan itu jelas membuktikan Pulau Pinang terus menjadi pilihan utama pelancong serata dunia.

“Kedudukan Pulau Pinang dalam senarai ini amat membanggakan kerana ia menunjukkan usaha kerajaan negeri bersama pemain industri pelancongan membuahkan hasil.

“Selain tarikan budaya, warisan, makanan dan seni bina, faktor hospitaliti serta promosi berterusan turut membantu menjadikan Pulau Pinang antara destinasi paling digemari,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pencapaian itu juga diyakini mampu meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong asing ke negeri berkenaan menjelang tahun depan.

“Kami akan terus memperkukuhkan usaha mempromosi Pulau Pinang, bukan sahaja sebagai destinasi pelancongan malah lokasi acara antarabangsa dan perkahwinan bertaraf dunia.

“Tahniah Pulau Pinang,” katanya.

Sebelum ini, Pulau Pinang tersenarai dalam kelompok 10 pulau terbaik di rantau Asia Pasifik bagi tahun 2025.

Pengiktirafan itu diumumkan dalam Travel + Leisure Luxury Awards Asia Pacific 2025, sebuah portal anugerah berprestij yang menilai dan memberi pengiktirafan kepada bandar dan pulau peranginan terbaik berdasarkan undian pembaca dari seluruh dunia.

Selain Pulau Pinang, destinasi lain yang turut tersenarai termasuk Bali (Indonesia), Koh Samui dan Phuket (Thailand), Phu Quoc (Vietnam), Palawan dan Siargao (Filipina), Langkawi (Malaysia), Sri Lanka dan Sumba (Indonesia).

Pulau Pinang pula disifatkan sebagai destinasi yang bukan hanya kaya dengan warisan dan seni bina kolonial, tetapi menawarkan pengalaman gastronomi pelbagai cita rasa dan bertaraf dunia.

Negeri ini terus menarik pelancong dari pelbagai negara dengan pantainya yang cantik, suasana santai dan pelbagai acara kebudayaan yang mempamerkan identiti Malaysia yang penuh warna-warni.

Related Posts

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

ALOR SETAR – Polis berjaya menyelamatkan dua mangsa culik yang ditemukan dalam keadaan mata ditutup dan tangan bergari menerusi serbuan di sebuah rumah di Taman Amira, Telaga Bata, Alor Setar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki heroin, syabu, ketamin dalam cecair vape ditahan

KAMPUNG GAJAH – Cubaan seorang lelaki menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk heroin, methamphetamine dan cecair vape disyaki mengandungi ketamin terbongkar selepas diserbu polis di sebuah rumah di Kampung Teluk Saga,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik