SENARIO politik di tanah air memang melucukan. Di negeri-negeri ‘Serambi Syurga’ iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis rakyat sedang menanggung kenaikan bil air, cukai pintu, cukai tanah.
Semua senyap dan sunyi. Tak ada sebarang demo, tak ada serban terbalik dan tak ada doa laknat pun. Diam membisu seolah-olah beban itu bukan masalah.
Tapi bila harga minyak petrol RON95 turun sikit, yang rugi hanya golongan tauke pam minyak dan spekulator, tiba-tiba satu Malaya riuh-rendah.
Pakat-pakat walaun bersilat di media sosial. Macam kena samun besar-besaran.
Persoalannya ialah kenapa masa bil air naik, cukai tanah melambung, air dicatu, rakyat kampung tertekan tetapi lidah mereka kelu?
Tetapi apabila Kerajaan MADANI turunkan harga minyak demi rakyat seluruh negara, mereka boleh jadi jaguh ‘ekonomi kampung’.
Para ahli ekonomi kampung terus memberi pelbagai teori yang dikatakan menyusahkan rakyat apabila dilaksanakan.
Hakikatnya mudah. Kalau beban datang dari negeri sendiri, itu dianggap ‘ujian Allah’. Tapi kalau faedah datang dari Kerajaan Pusat, cepat-cepat ditukar jadi ‘konspirasi MADANI’. ‘Double standard’ yang dah jadi darah daging.
Realitinya rakyat bawahan terpaksa tanggung semua kos. Bayar bil air makin mahal, padahal paip masih berkarat. Bayar cukai pintu makin tinggi, padahal jalan depan rumah berlubang macam bulan.
Bayar cukai tanah naik, padahal projek pembangunan entah ke mana. Tapi walaun tetap diam. Sebab mereka dah dididik untuk terima saja asalkan yang naik itu datang dari ‘parti suci’.
Bila minyak turun, yang untung rakyat sejagat. Tapi mereka bising. Kenapa? Sebab mereka tak mampu raikan kebaikan lawan. Segalanya mesti diputar dan menjadi buruk bagi pandangan rakyat negeri masing-masing.
Inilah politik ‘berhala parti’ iaitu bukan lagi soal rakyat, tapi soal siapa buat. Kalau parti sendiri naikkan beban, diam macam tikus. Kalau orang lain beri rahmat, menggigit macam anjing lapar.
Apa pun penulis menghargai inisiatif Kerajaan MADANI yang akhirnya melaksanakan demi rakyat.






