Ahli parti mahu calon PAS bertanding di Nenggiri

KOTA BHARU – Ahli dan penyokong PAS mahu calon dari parti itu diberi peluang bertanding sekaligus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak lama lagi.

Majoriti penyokong parti itu lebih senang dan menganggap PAS mampu mempertahankan kerusi Nenggiri selepas penyandang wakil rakyat yang melakukan ketidakpatuhan mengikut Fasal 10.4 perlembagaan parti itu.

Bersatu pada 12 Jun lalu yang memaklumkan hilang keahlian dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka kerusi berkenaan termasuk salah seorang wakil rakyat tersebut adalah ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim.

Penyokong PAS, yang mahu dikenali sebagai Dayah Mohd, 30, berkata, sebagai pengundi semestinya mahukan parti itu bertanding mempertahankan Dun Nenggiri.

Katanya, PAS perlu meletakkan calon yang mampu setia pada parti selain yang terlibat kekal dengan pendirian masing-masing.

“Saya sebagai penyokong PAS, mahukan calon yang akan bertanding kali ini dari parti PAS sendiri.

“Bagaimanapun, kita tunggu saja lah apa keputusan pucuk pimpinan akan datang, namun kalau boleh kita nak calon dari PAS,” katanya.

Sementara itu, Mohd Faisal Din, 38, berkata, pengundi sememangnya mahukan pimpinan hang terbaik bukan sahaja mampu menang dalam pilihan raya tetapi juga mampu membela rakyat.

Katanya, pun begitu beliau menerima sahaja mana-mana pihak yang akan diputuskan untuk bertanding setelah diputuskan oleh pimpinan.

Menjelang PRK sememangnya rakyat menaruh harapan tinggi supaya calon yang akan bertanding nanti mampu memberi jaminan lebih baik kepada masyarakat.

Terdahulu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan mulai 19 Jun lalu.

Pengumuman itu dibuat selepas Bersatu menyerahkan notis pelucutan keahlian penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim.

Azizi yang bertanding bawah logo PAS pada PRN Ogos lalu menewaskan Ab Aziz Yusoff daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 810 undi.

Baru-baru ini, Yang Dipertua PAS Gua Musang, Azman Ahmad mendakwa tindakan Azizi yang berpaling tadah selepas menang memberi kesan dalam kalangan pengundi di kerusi bawah Parlimen itu.

Justeru, Azman berharap calon PAS diberi laluan bertanding PRK itu dengan alasan kebimbangan pengundi episod peralihan sokongan berulang jika wakil Bersatu diletakkan.

Bagaimanapun, Ketua Bersatu Kelantan, Kamarudin Md Nor, pun menyarankan Azman mengemukakan permintaan rasmi untuk bertanding PRK Nenggiri kepada PN pusat.

Kamaruddin berkata, pihaknya juga akan menyerahkan senarai tiga nama calon kepada pimpinan parti selewat-lewatnya akhir minggu depan.

Related Posts

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

BENTONG – Kira-kira 10,000 penerima akan mendapat manfaat daripada Kad Kesihatan Kasih Makmur Negeri Pahang (Edisi Pahlawan) tahun ini. Ia adalah antara usaha berterusan memastikan kebajikan golongan pejuang negara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

KUALA KRAI – Dua individu maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Manek Urai, di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku di Jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

TUDM, JBPM tingkatkan operasi pembenihan awan di utara Semenanjung

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

Kerajaan perluas Jualan Rahmah MADANI, dilaksana mingguan di semua DUN

Kerajaan lulus bayaran pendahuluan IPKP RM200 sehektar kepada pesawah

Kerajaan lulus bayaran pendahuluan IPKP RM200 sehektar kepada pesawah

Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan

KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis