Siasat kebocoran saksi inkues Zara Qairina – Ram Singh

KOTA KINABALU – Peguam, Datuk Ram Singh pada Jumaat membuat laporan polis dan menggesa siasatan segera berhubung kebocoran kenyataan saksi pelajar dalam prosiding inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Menurut Ram Singh, kebocoran maklumat itu mendedahkan butiran peribadi saksi termasuk nama penuh, alamat rumah dan nombor kad pengenalan.

Katanya, sebuah akaun TikTok menggunakan nama Suket/Uke Linic turut menyiarkan video yang memaparkan nama lima kanak-kanak yang dituduh dalam kes berkenaan.

“Kebocoran maklumat ini telah menimbulkan ketakutan serta tekanan emosi kepada sakai pelajar berkenaan.

“Saya sendiri menemui saksi dan ibunya pada pagi Jumaat dan mereka dalam keadaan trauma serta menangis akibat pendedahan tersebut,” katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Luyang.

Ram Singh menegaskan bahawa pendedahan maklumat berkenaan adalah pelanggaran undang-undang perlindungan saksi dan kanak-kanak khususnya di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 serta peruntukan kerahsiaan prosiding mahkamah.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis menyiasat kebocoran maklumat sulit ini, mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab dan mengambil tindakan tegas demi melindungi saksi serta memastikan integriti prosiding inquest tidak tergugat.

Related Posts

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

KUALA LUMPUR – UMNO tidak berhasrat menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) kerana menganggap kerjasama tersebut sudah berakhir dan tidak lagi menjadi agenda parti itu. Pengerusi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

SEREMBAN –  Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

Kepimpinan Bersatu Besut letak jawatan, isyarat krisis dalaman semakin parah

Kepimpinan Bersatu Besut letak jawatan, isyarat krisis dalaman semakin parah

12 PATI warga Myanmar bersembunyi dalam hutan ditahan PGA

12 PATI warga Myanmar bersembunyi dalam hutan ditahan PGA

Ceraikan Bersatu hanya alasan keluar PN untuk bersama Hamzah dan Reset

Ceraikan Bersatu hanya alasan keluar PN untuk bersama Hamzah dan Reset

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS