UMNO tak hairan, dah lama tahu Pas tagih duit Bersatu

AKHIRNYA spekulasi Pas ‘berkawan’ dengan Bersatu hanya kerana wang terjawab berikutan pendedahan kos perbelanjaan pilihan raya Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), hari ini.

Pendedahan oleh bekas Ketua Setiausaha Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad bahawa Bersatu yang menanggung sepenuhnya perbelanjaan Pas pada PRU15 lalu mengesahkan desas-desus mengenai punca hubungan UMNO dan Pas tidak berpanjangan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa pihaknya tidak hairan dengan tindakan Pas yang sanggup meninggalkan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) semata-mata untuk bergabung bersama Bersatu menubuhkan PN.

“Patutlah Pas sanggup meninggalkan UMNO dalam MN untuk bersama Bersatu mendaftar dan menubuhkan PN.

“Memang waktu itu lagi ramai yang memberikan maklumat bahawa Bersatu menawarkan bantuan kewangan kepada Pas untuk menghadapi PRU15.

“Justeru, hari ini apabila bekas setiausaha politik kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri mendedahkan segala perbelanjaan PN termasuk calon Pas ditanggung Bersatu, hanya mengesahkan cakap-cakap waktu itu,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu Marzuki turut menjelaskan, anggaran kos minimum bagi satu kawasan Parlimen boleh mencecah RM1 juta dan jumlah sebenar berpotensi lebih besar bergantung kepada keadaan setempat.

Menurutnya, Pas tidak menghadapi masalah besar berhubung perbelanjaan PRU15 apabila mereka bertanding menggunakan logo PN dan semua peralatan pilihan raya disediakan oleh PN.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff