Aktiviti pertanian di Cameron Highlands perlu patuh ESG

KUANTAN – Pengusaha pertanian di Cameron Highlands perlu memberi keutamaan kepada amalan berteraskan persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) bagi memastikan hasil pertanian diterima di pasaran antarabangsa.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, kegagalan mematuhi elemen ESG boleh menyebabkan produk pertanian tempatan ditolak oleh negara luar.

“Di sini saya ingin menegaskan supaya kebun-kebun di Cameron Highlands menukar corak pertanian kerana dunia kini semakin canggih dan aspek ESG perlu diterapkan.

“Tanpa elemen ESG, mungkin produk dikeluarkan tidak dapat dijual di peringkat antarabangsa.

“Dari semasa ke semasa, ada produk dari Cameron Highlands tidak dibenarkan dieksport, khususnya ke Singapura dan negara-negara lain. Ini satu kebimbangan,” titah baginda dalam hantaran di laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang hari ini.

Baginda turut menegaskan bahawa kerajaan, pakar pertanian dan pekebun perlu merangka pendekatan baharu dalam meningkatkan kaedah serta corak pertanian di kawasan tanah tinggi itu.

“Kita perlu melihat perkara ini secara serius dan terperinci. Perlu ada libat urus dan perbincangan untuk memperkukuh corak serta kaedah pertanian di Cameron Highlands.

“Ini nasihat saya dan harap ia diambil kira secara serius. Ini bukan bahan gurauan kerana ia melibatkan masa depan dan keadaan geografi di Cameron Highlands,” titah baginda.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak