Pantang maut sebelum ajal, wanita terselamat kereta jatuh gaung

BAU – Seorang wanita berusia 43 tahun terselamat selepas kereta yang dipandunya terjatuh ke dalam gaung di Jalan Krokong, Kampung Belimbin pada pagi Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.20 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau digerakkan ke lokasi kejadian, kira-kira tujuh kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi pada 9.28 pagi, pasukan operasi mendapati sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza berada di dalam gaung. Seorang mangsa, iaitu pemandu wanita berusia 43 tahun, berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan anggota bomba,” katanya.

Mangsa dikenali sebagai Chiam Chew Jong, mengalami kecederaan di bahu dan diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dibawa ke hospital berdekatan menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

Komander Operasi, PBK I Nelson Phang Siaw Ming, mengetuai operasi bersama lima anggota dengan kekuatan sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.37 pagi setelah keadaan disahkan terkawal.

Pihak Bomba Sarawak merakamkan penghargaan kepada orang awam yang pantas membantu mangsa, selain mengingatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika memandu terutama di laluan berbukit dan bergaung.

Related Posts

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

KOTA KINABALU – Rang Undang-Undang (RUU) Pewarisan Orang Islam 2026 yang diluluskan Kerajaan Sabah bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri menjadi langkah penting dalam memperkemas dan memodenkan perundangan Syariah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

  • By Ithma
  • August 12, 2026
RUU Pewarisan Orang Islam 2026 modenkan perundangan syariah Sabah

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

RCI Tabung Haji: Guan Eng terima pujian kerana selamatkan Tabung Haji

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Siasat dakwaan agih bantuan untuk dapat sokongan

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Tular jual RON95 kepada kenderaan asing, KPDN Perak tindak pantas

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia

Rakyat dapat 10GB data percuma sempena Hari Kebangsaan, Hari Malaysia