Speedy Tigers gagal ke pentas final Piala Asia

IMPIAN Speedy Tigers beraksi di pentas final Piala Asia buat kali ketiga berturut-turut tidak kesampaian apabila tewas 1-4 kepada Korea Selatan dalam aksi ketiga pusingan Super 4 di Rajgir, India, malam tadi.

Malaysia bermula garang apabila terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui gol padang Fitri Saari pada minit kesembilan sebelum Korea menyamakan kedudukan hasil pukulan sudut penalti oleh Kim Hyeonhong pada minit ke-24.

Skuad kendalian Sarjit Singh kembali berada di hadapan seminit sebelum tamat separuh masa pertama apabila Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi bijak menggunakan peluang terhidang untuk membolehkan Malaysia mendahului 2-1.

Bersambung separuh masa kedua, anak buah Sarjit terus garang untuk mengukuhkan kedudukan menerusi pakar pukulan sudut penalti pasukan, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan pada minit ke-31 sebelum pasukan lawan merapatkan kedudukan hasil serangan balas pantas melalui jaringan Oh Seyong pada minit ke-44.

Korea bijak memanfaatkan peluang ketika Malaysia kekurangan pemain apabila mereka menambah dua gol pantas menerusi Lee Jungjun dan Kim Hyeonhong masing-masing pada minit ke-50 dan 51′ untuk mendahului 4-3.

Speedy Tigers yang menggunakan ‘power play’ gagal mencari gol dan terpaksa berpuas hati dengan keputusan itu.

Related Posts

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

MOHAMAD Aniq Kasdan menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas muncul juara kategori 60 kilogram (kg), lewat petang tadi. Atlet berusia 24 tahun itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

SKUAD Harimau Malaya membuka kempen Piala ASEAN 2026 dengan langkah kanan selepas menumbangkan Myanmar 2-1 pada aksi pertama Kumpulan B di Stadium Thuwunna, malam tadi. Kebangkitan pada babak kedua jelas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu