Lebih 1,000 produk PMKS tersenarai dalam program SARA, rakyat banyak pilihan

BALING – Penambahan lebih 1,000 produk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerusi Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat untuk menebus bantuan tersebut di premis-premis terpilih seluruh negara.

Pemilik Pasaraya Ekonomi Rakyat Baling, Mohammed Nazaran Khan Mohamed Khan berkata, penambahan produk itu turut membuka peluang kepada pengusaha PMKS untuk menyenaraikan produk tempatan dalam pembelian menggunakan SARA.

Menurutnya, langkah ini secara tidak langsung membolehkan produk tempatan menjadi pilihan utama rakyat ketika menebus sumbangan mereka di premis berkaitan.

“Setakat ini terdapat kira-kira lebih 1,000 produk tempatan yang dikilangkan di Baling, Mergong dan Sungai Petani.

“Jadi saya rasa semua produk tempatan (PMKS) boleh dibeli dan kita juga telah membuat permohonan serta mengemas kini senarai. Ini yang kita mahukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di pasar raya tersebut hari ini.

Selain itu, Mohammed Nazaran turut menawarkan baucar bernilai RM5 kepada penerima SARA yang menebus RM100 di premis miliknya sebagai nilai tambah kepada pembelian mereka.

Dalam pada itu, seorang ibu tunggal, Fadzilah Hassan, 58, dari Kampung Charuk Sikin, Mukim Pulai, menyatakan rasa syukur apabila terpilih sebagai penerima bantuan SARA.

Dia yang bekerja sebagai penoreh getah meluahkan keterujaan apabila disapa oleh Perdana Menteri semasa proses penebusan sumbangan di pasar raya itu.

“Sumbangan ini banyak membantu. Terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kembali kepada rakyat. Rakyat seronok,” katanya ringkas.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Anwar berpuas hati dengan sistem pelaksanaan pembelian barangan melalui Program SARA yang kini turut diperluaskan ke pasar raya kecil di kawasan luar bandar.

Perdana Menteri menyatakan demikian ketika hadir meninjau kelancaran program berkenaan di Pasaraya Ekonomi Rakyat Baling hari ini.

End.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas