KPKT alu-alukan UMNO sertai usaha tambah baik RUU PSB

IPOH – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming menyambut baik langkah UMNO menubuhkan pasukan khas bagi membincangkan penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Menurutnya, kementerian sentiasa terbuka menerima pandangan daripada semua pihak, termasuk rakan komponen kerajaan serta pembangkang, asalkan cadangan yang dikemukakan berlandaskan keikhlasan demi kepentingan rakyat.

“Sekiranya pendapat itu jujur dan ikhlas, kita bersedia berbincang.

“Apa sahaja idea bernas akan kita pertimbangkan kerana hasrat kementerian amat jelas mewujudkan akta ini bagi membantu rakyat,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan empat Taman Rekreasi MADANI di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), di sini, pada Sabtu.

Empat taman tersebut terletak di Taman Pusing Baru, Taman Kledang, Taman Pengkalan Barat dan Taman Westpool yang siap sepenuhnya pada Julai lalu.

Kor Ming memaklumkan, setakat ini KPKT telah mengadakan 108 sesi libat urus berhubung PSB, selain tiga kali menerima kelulusan Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) yang turut dianggotai Menteri Besar dan Exco negeri, termasuk dari Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.

“Sebanyak 534 kawasan telah dikenal pasti serta diwartakan kerajaan negeri, antaranya 55 kawasan di Kedah, 22 di Terengganu dan empat di Kelantan.

“Semua cadangan ini datang daripada Kerajaan Negeri sendiri.

“Jadi tidak logik jika ada pihak membantah kerana mereka sendiri yang mencadang, meluluskan dan mewartakannya,” tegasnya.

Timbalan Pengerusi DAP itu menjelaskan, di bawah Akta PSB setiap negeri akan mempunyai Jawatankuasa Eksekutif yang dipengerusikan Menteri Besar atau Ketua Menteri.

“Perkara baik wajar kita sokong. Janganlah semua perkara dipolitikkan kerana akhirnya yang rugi ialah rakyat yang hidup dalam keadaan serba kekurangan di kawasan terbabit,” katanya.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan