MIS 70 Tahun: Pentadbiran Islam Sarawak semakin kukuh

KUCHING – Majlis Islam Sarawak (MIS) melakar pencapaian bersejarah apabila genap 70 tahun sejak ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1955, sekali gus memperlihatkan peranannya yang konsisten dalam memperkukuh pentadbiran Islam di negeri ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata perjalanan panjang MIS selama tujuh dekad bukan sahaja membuktikan keupayaan institusi itu beradaptasi dengan perubahan zaman, malah menjadi simbol kekuatan umat Islam di Sarawak.

“Sejak awal penubuhannya, MIS sentiasa menggembleng tenaga demi memperkasa ummah serta menambah baik sistem pentadbiran Islam. 

“Perjalanan 70 tahun ini adalah bukti bahawa kita mampu bergerak maju dengan hala tuju yang jelas, berlandaskan syarak, sambil mengekalkan identiti Islam yang murni dalam pembangunan negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan dan Perarakan Maulidur Rasul 1447 Hijrah di Padang Merdeka, Kuching pada Sabtu.

Menurut beliau, sambutan ulang tahun ini menjadi wadah muhasabah untuk menilai pencapaian serta memperkukuh lagi peranan MIS sebagai badan utama yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam di Sarawak.

“Setiap usaha dan pencapaian yang digerakkan adalah hasil sokongan berterusan daripada pelbagai pihak. Justeru, saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri, agensi kerajaan, swasta, NGO, institusi pendidikan dan seluruh masyarakat yang sentiasa memberikan kerjasama. Komitmen inilah yang menjadikan MIS terus relevan dan mampu bergerak lebih jauh,” ujarnya.

Abdul Rahman menambah, sempena ulang tahun bersejarah ini, pelbagai pengisian turut dirancang, termasuk sambutan Maulidur Rasul, bagi menyemarakkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW dan mengingatkan umat Islam akan tanggungjawab besar dalam membina masyarakat berilmu, berakhlak dan beramal.

“Saya yakin dengan semangat kebersamaan, MIS bukan sahaja akan terus menjadi peneraju pentadbiran Islam di negeri ini, malah berupaya melahirkan ummah yang lebih gemilang, bersatu padu serta mampu memberi sumbangan besar kepada pembangunan Sarawak,” tegasnya.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung