ASEAN perlu model kewangan baharu untuk tarik lebih pelaburan – Fadillah

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan bahawa ASEAN perlu memperkukuh model kewangan dan perniagaan bagi menarik lebih banyak pelaburan antarabangsa, khususnya dalam projek tenaga boleh diperbaharui seperti ASEAN Power Grid.

Menurut beliau, Bank Dunia telah memperuntukkan sebanyak AS$2.5 bilion (RM105.7 bilion, manakala Bank Pembangunan Asia (ADB) menyediakan AS$10 bilion (RM422.95 bilion), menjadikan jumlah keseluruhan dana yang tersedia untuk rantau ini sekitar AS$12.5 bilion (RM52.87 bilion) 

Katanya, dana itu memang ada tetapi negara perlu memohon dan menepati syarat kelayakan, namun jumlah tersebut masih belum mencukupi. 

Justeru, ujar beliau, cabaran terbesar adalah mencari model kewangan yang lebih mampan supaya pelabur antarabangsa lebih tertarik untuk melabur di ASEAN.

Fadillah menjelaskan, berdasarkan unjuran awal, pembangunan projek tenaga serantau ini dijangka memerlukan lebih AS$50 bilion, iaitu jauh melebihi jumlah yang ditawarkan oleh institusi kewangan antarabangsa setakat ini. 

“Bagi projek tertentu seperti kabel dasar laut untuk penyaluran tenaga bersama Singapura, beliau berkata struktur konsortium akan ditentukan oleh pihak swasta dengan kerajaan hanya berperanan sebagai fasilitator.

Selain sokongan daripada institusi kewangan antarabangsa, Fadillah turut memaklumkan terdapat minat pelaburan yang semakin meningkat dari sektor swasta antarabangsa termasuk dari rantau Arab, Jepun, China dan lain-lain. 

“Pelaburan ini dijangka memberi limpahan positif kepada seluruh rantau ASEAN, bukan sahaja dalam bentuk tenaga bersih, malah turut membuka peluang pekerjaan serta peluang perniagaan baharu.

“Saya percaya inilah pertumbuhan baharu ASEAN. Pelaburan asing ini akan membawa peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan mengukuhkan kedudukan ASEAN sebagai hab tenaga serantau,” katanya.

Ketika ditanya oleh media mengenai isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Fadillah menegaskan bahawa sesi berkenaan hanya tertumpu kepada agenda tenaga boleh diperbaharui menerusi Forum Forum Kelestarian dan Tenaga Boleh Diperbaharui (SAREF 4.0) tanpa menyentuh perkara lain.

Related Posts

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

ARAU – Kementerian Pertahanan akan menjalankan kajian bagi menambah baik bayaran insentif kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebagai usaha meningkatkan daya tarikan penyertaan mahasiswa dalam pasukan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

ARAU – Dunia pertahanan kini memerlukan kepakaran baharu termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, sains data dan keselamatan siber bagi menghadapi perubahan bentuk peperangan moden. Menteri Pertahanan, Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Martinelli keluar Arsenal, masuk Al Hilal

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

Lelaki rugi RM161,400 terpedaya tawaran tender bekalan stesen jana kuasa palsu

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

JKM salur 900 karton air minuman bantu penduduk terjejas kemarau

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kekal OPR bukti Bank Negara yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled