Wanita ceroboh pentas Sultan Perak dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta

IPOH – Seorang wanita yang menceroboh pentas utama dan mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semasa Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak 2025 pada Ahad lalu akan dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), di sini untuk pemerhatian lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Noor Hisam Nordin berkata, suspek berusia 41 tahun itu belum didakwa di mahkamah selepas tempoh reman selama tiga hari berakhir pada Rabu.

“Reman tamat hari ini dan kita rujuk suspek ke HBUK untuk pemantauan lanjut mengikut peruntukan Akta Kesihatan Mental 2001 (Akta 615).

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perak dan akan dimajukan ke Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan arahan serta keputusan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, sebarang perkembangan lanjut mengenai kes itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Polis turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan ketenteraman awam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.20 pagi itu, suspek bertindak naik ke pentas dari arah sisi ketika lagu Kebesaran Negeri Perak sedang dimainkan.

Hasil siasatan mendapati wanita warga tempatan itu mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan sedang berada di bawah pengawasan pakar psikiatri.

Walau bagaimanapun, ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atasnya didapati negatif.

Pada Isnin lalu, Majistret Wardah Nabilah Mohd Abd Wahab membenarkan permohonan polis untuk menahan reman suspek selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan mendatangkan cedera parah.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab susulan insiden terbabit.

“Kerajaan Negeri juga bersikap tidak menunding jari menyalahkan mana-mana pihak ekoran kejadian pantas tersebut.

“Dalam mesyuarat Exco, kita memutuskan untuk mengambil tanggungjawab jika ia dikatakan ada loophole (kelompongan) dalam penganjuran itu memandangkan ia berlaku dalam program kita.

“Insiden terbabit adalah satu peringatan kepada semua pihak yang menghadiri majlis dihadiri orang-orang kenamaan supaya sentiasa peka tentang keselamatan sekeliling,” katanya.

Dalam masa sama, Saarani melahirkan rasa kagum terhadap sikap tenang Sultan Nazrin yang tetap meneruskan tugasan dan menyempurnakan istiadat walaupun insiden itu berlaku.

Related Posts

Budaya ‘ngabang’ terus subur, pemangkin perpaduan sempena Hari Gawai 

SARATOK – Tradisi ‘ngabang’ atau amalan kunjung-mengunjungi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sarawak terus kekal relevan dan menjadi elemen penting dalam memperkukuh hubungan silaturahim serta perpaduan. Selain sambutan Aidilfitri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak perkukuh kerjasama pendidikan dan kesihatan dengan China

SIBU – Kerajaan Sarawak terus memperkukuh hubungan strategik dengan China menerusi kerjasama yang memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan tinggi, kesihatan serta modal insan bagi menyokong keperluan pembangunan negeri pada masa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Budaya ‘ngabang’ terus subur, pemangkin perpaduan sempena Hari Gawai 

Budaya ‘ngabang’ terus subur, pemangkin perpaduan sempena Hari Gawai 

Sarawak perkukuh kerjasama pendidikan dan kesihatan dengan China

Sarawak perkukuh kerjasama pendidikan dan kesihatan dengan China

Unduk Ngadau pentas perpaduan, penterjemah jadi nadi komunikasi

Unduk Ngadau pentas perpaduan, penterjemah jadi nadi komunikasi

190 peserta SAB seluruh Sabah tamatkan ekspedisi Wilderness Leadership

190 peserta SAB seluruh Sabah tamatkan ekspedisi Wilderness Leadership

Malaysia teliti peluru berpandu dari enam negara, tuntutan RM1 bilion terhadap syarikat Norway diteruskan

Malaysia teliti peluru berpandu dari enam negara, tuntutan RM1 bilion terhadap syarikat Norway diteruskan

SPUMI suntik modal hingga RM100,000 bantu usahawan India Kulai kembangkan perniagaan

SPUMI suntik modal hingga RM100,000 bantu usahawan India Kulai kembangkan perniagaan