Kegagalan PBB punca krisis kepercayaan global

TIANJIN – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kegagalan Pertubuhan Bangsa‑Bangsa Bersatu (PBB) dan sistem multilateral menyebabkan timbulnya defisit kepercayaan global.

Perdana Menteri menegaskan, kegagalan sistem itu membawa kepada tindakan tidak selari dengan idealisme yang dilaungkan.

Beliau berkata, kegagalan itu adalah jelas dan sudah terbukti.

“Terdapat defisit kepercayaan terhadap sistem antarabangsa akibat kegagalan kita dalam perdagangan, kerangka kewangan dan dalam menangani perubahan iklim.

“Sentiasa wujud jurang antara apa diperjuangkan dengan penderitaan rakyat, serta tindakan tidak menyamai cita‑cita terbabit.

“PBB kini tidak lagi dilihat memiliki aspirasi melakukan reformasi ke atas badan itu sendiri.

“Antara aspirasi dan realiti tersembunyi satu bayangan membimbangkan kerana ia menyumbang kepada ketidaksamarataan dan kekejaman yang dilakukan tanpa sebarang hukuman,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Shanghai Cooperation Organisation (SCO) Plus 2025.

Acara dua hari itu menghimpunkan lebih 20 ketua negara dan kerajaan serta pemimpin agensi antarabangsa.

Pada masa sama, dalam ucapannya, Anwar turut menyentuh cadangan Presiden China, Xi Jinping, mengenai Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI).

Jinping dalam ucapan pembukaannya menegaskan bahawa tadbir urus global kini berada di persimpangan baharu dan menggesa diwujudkan sistem tadbir urus global yang lebih adil dan seimbang.

Jinping turut mencadangkan supaya negara SCO Plus mematuhi prinsip kesaksamaan kedaulatan, mematuhi undang-undang antarabangsa, mengamalkan multilateralisme, mengutamakan pendekatan berteraskan rakyat dan memberi tumpuan kepada melaksanakan tindakan sebenar.

Perdana Menteri yang menyatakan sokongan terhadap cadangan itu berkata, ia selaras dengan aspirasi Malaysia dan ASEAN, yang ketika ini dianggotai dan dipengerusikan Malaysia.

Related Posts

Dua anggota tentera terkorban semasa menjalani latihan bom

SUNGAI PETANI – Malang tidak berbau telah meragut nyawa dua anggota tentera akibat kecederaan parah terkena letupan bom ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun di sini, hari ini. Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam perusahaan terlibat ‘kartel penipuan’ pembekalan makanan berdepan penalti kewangan

PUTRAJAYA – Enam perusahaan berdepan penalti kewangan selepas didakwa terlibat dalam kartel penipuan bida bagi satu tender pembekalan makanan bernilai RM5.7 juta yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

Jangan manipulasi fakta!

Jangan manipulasi fakta!

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi