Minyak Terengganu milik siapa? Jawapan ada pada undang-undang dan keadilan rakyat

PENEMUAN telaga minyak baharu di luar pesisir Terengganu baru-baru ini menimbulkan persoalan besar — siapakah sebenarnya yang berhak ke atas hasil bumi tersebut? Ada pihak yang cuba meniup sentimen bahawa Terengganu dinafikan hak, seolah-olah Kerajaan Pusat merampas kekayaan negeri.

Hakikatnya, undang-undang negara sudah jelas. Petroleum di luar pesisir, sama ada di Terengganu, Sabah, Sarawak atau Kelantan, tertakluk di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Akta Laut Wilayah 2012. Hasilnya disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan, dan daripada situlah wang royalti diagihkan semula kepada negeri pengeluar, termasuk Terengganu.

Sejarah membuktikan, Malaysia terbina kerana kesepakatan negeri-negeri. Minyak dan gas bukan milik satu negeri semata-mata, tetapi milik seluruh rakyat Malaysia. Kalau semua negeri hanya fikir untuk diri sendiri, rosaklah semangat Persekutuan yang kita bina sejak 1963.

Kerajaan Pusat tidak pernah menafikan hak Terengganu. Setiap tahun, negeri ini menerima royalti petroleum. Malah, hasil tersebut kembali kepada rakyat melalui pembangunan infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan bantuan kebajikan. Itulah erti perkongsian adil dalam sebuah negara bangsa.

Apa yang rakyat perlu faham, isu minyak ini sering dijadikan modal politik oleh pihak tertentu. Mereka sengaja meniup naratif ‘hak rakyat dirampas’ untuk meraih simpati, walhal hasil itu tetap disalurkan semula kepada negeri melalui mekanisme yang sah.

Kita mesti berhati-hati dengan dakyah yang cuba memecahbelahkan hubungan pusat-negeri. Jangan biarkan isu minyak dijadikan senjata untuk meracuni fikiran rakyat. Apa yang penting adalah memastikan hasil negara dimanfaatkan secara telus dan saksama demi kesejahteraan semua, termasuk rakyat Terengganu.

Malaysia wujud kerana negeri-negeri bersatu. Tanpa perpaduan, tiada makna pada hasil minyak sebesar mana pun.

“Terengganu sebahagian Malaysia, kene ikut undang-undang, jangan main baharambang skali lempor persepsi gitu. Payoh sek Pas ning, pioh atah paler cakap ikut dang.”

Related Posts

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai petunjuk berlakunya penolakan dalam kalangan pengundi Melayu terhadap Pas dan Perikatan Nasional (PN), sekali gus menafikan dakwaan wujudnya ‘gelombang hijau’ yang berterusan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

RAMAI yang menyangka perkataan ‘kebinasaan’ hanya merujuk kepada kecederaan fizikal atau malapetaka alam. Namun, hakikatnya, ancaman paling besar dan paling dekat dengan manusia hari ini adalah kebinasaan rohani akibat kelalaian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

AS mula serangan pusingan ketiga terhadap Iran

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

Undi PH naik hampir 67 peratus, rakyat Johor masih beri kepercayaan

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

JPN Selangor tegas, bantu polis siasat insiden pergaduhan pelajar Rawang

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS