Beregu sensasi negara Fei-Din kandas pusingan ketiga Kejohanan Dunia

IMPIAN beregu badminton lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mara lebih jauh dalam kempen Kejohanan Dunia berkecai apabila langkah mereka terhenti di pusingan ketiga selepas ditunjukan jalan keluar dari Adidas Arena, Paris.

Sze Fei-Nur Izzuddin dikenali Fei -Din berstatus nombor tiga dunia tunduk 22-20, 15-21, 23-21 kepada wakil Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan.

Kekalahan dalam perlawanan berlangsung sengit selama 50 minit itu juga kekalahan pertama Fei-Din kepada beregu ranking ke-18 dunia dalam empat pertemuan terakhir.

Keputusan di bumi Paris itu juga menyaksikan Fei-Din mengulangi pencapaian sama, kali ketiga berturut-turut sejak edisi 2021.

Fei-Din bermula garang set pertama apabila menang 22-20 biarpun diberikan tentangan hebat Jhe Huei-Po Hsuan.

Beregu sensasi Taiwan itu bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-15.

Set penentuan, Fei-Din kembali dengan semangat juang tinggi dari ketinggalan 12-16 untuk mendahului 20-17 sebelum semangat itu tenang dipadamkan kematangan Jhe Huei-Po Hsuan dengan kemenangan 23-21.

Related Posts

Kane sumbat 2 gol, England kalahkan Republik Czech 3-0

HARRY Kane meraikan penampilan ke-125 bersama England dengan dua gol ketika skuad kendalian Thomas Tuchel menewaskan Republik Czech 3-0 pada aksi Liga Negara-Negara di Wembley, awal pagi tadi. Kemenangan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

MICHAEL Olise masuk sebagai pemain gantian untuk membantu Perancis menewaskan Belgium 4-1 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi, sekali gus menghadiahkan Zinedine Zidane kemenangan pertama di laman sendiri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun