Bersatu tangani isu buli, semai nilai kasih sayang – Redonah

KOTA MARUDU – Usaha membanteras gejala buli memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk ibu bapa, sekolah dan masyarakat bagi melahirkan generasi muda yang berakhlak mulia dan berjiwa merdeka.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Redonah Bahanda berkata, didikan bermula dari rumah, diteruskan di sekolah dan diperkukuh oleh peranan masyarakat dalam membentuk sahsiah anak-anak sejak kecil.

“Setiap ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik, sekolah pula berperanan membentuk disiplin dan sahsiah, manakala masyarakat harus sentiasa peka terhadap persekitaran.

“Apabila semua pihak berganding bahu, kita dapat membina generasi berjiwa merdeka, berakhlak mulia dan bebas daripada budaya buli,” katanya semasa merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan Tadika Korongkom, Kota Marudu di Dewan PPR, Taman Korongkom di sini pada Khamis.

Mengulas mengenai sambutan Hari Kemerdekaan, Redonah berkata, sambutan Hari Kemerdekaan tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai acara menaikkan bendera atau menyanyikan lagu patriotik.

Jelasnya, Hari Kemerdekaan adalah wadah menyemai nilai kasih sayang, hormat menghormati dan keprihatinan terhadap orang lain.

“Semangat kemerdekaan harus diterjemahkan dalam bentuk amalan hidup seharian, termasuklah membina masyarakat prihatin, penyayang dan bersatu padu.

“Negara Malaysia akan terus melangkah ke hadapan sebagai negara yang aman, sejahtera dan berdaya maju,” ujarnya.

Related Posts

Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

TAWAU – Polis menahan dua pemandu lori susulan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial Facebook dipercayai memandu secara berbahaya di Jalan Apas, laluan Semporna–Tawau. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

KOTA KINABALU – Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda daripada 700 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) kepada 1,350 MMscfd menjelang 2030. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Penerbangan percubaan sulung catat sejarah, Bebuling STOLport sedia pacu ekonomi Betong

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii

Pemilikan rumah komitmen jangka panjang, bukan sekadar aset – Adam Yii