Tayangan Nanjing Photo Studio cerminan komitmen terhadap sejarah, keamanan dan hubungan Malaysia-China

KOTA KINABALU – Tayangan perdana filem dokumentari Nanjing Photo Studio bukan sahaja menyorot kisah tragis sejarah Asia, tetapi turut memperkukuhkan mesej perpaduan, keamanan dan hubungan erat antara Malaysia dan China.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Richard Yong We Kong berkata, inisiatif tayangan tersebut di Kota Kinabalu sangat tepat pada masanya, khususnya dalam memperingati ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Dunia Kedua dan perjuangan menentang fasisme.

“Saya menghargai jemputan Konsulat Jeneral China dan Persatuan Persahabatan Malaysia-China Sabah untuk menyaksikan tayangan ini.

“Filem Nanjing Photo Studio kini menduduki tangga teratas kutipan musim panas di China dan telah ditayangkan di Amerika Syarikat, Australia serta beberapa negara lain.

“Saya gembira rakyat Sabah dapat menontonnya lebih awal di sini,” katanya dalam ucapan perasmian semasa Tayangan ‘Dead Of Right’, di sini, pada Rabu.

Richard menjelaskan walaupun kisah ini berfokus kepada sejarah China, rakyat Malaysia, khususnya Sabah, turut mengalami kekejaman serupa semasa era penjajahan Jepun.

“Kita pernah melalui zaman gelap pendudukan tentera Jepun. Ramai pejuang tempatan bangkit dengan keberanian.

“Nama-nama seperti jurutera Nanyang, pasukan gerila Gunung Kinabalu dan pejuang Zhuo Huanlai adalah contoh pengorbanan yang tidak harus dilupakan,” ujarnya.


Sementara itu, Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Zhu Xinglong berkata, Nanjing Photo Studio lebih daripada sekadar dokumentari, ia adalah dialog merentas masa yang menyampaikan mesej sejagat tentang harga keamanan dan maruah kemanusiaan.

“Filem ini bukan hanya mengisahkan sejarah menyayat hati, tetapi turut mengangkat nilai keberanian, kebaikan dan harapan di sebalik penderitaan.

“Ia mengingatkan kita bahawa perang membawa kemusnahan besar dan keamanan perlu dipertahankan dengan segala pengorbanan,” ujarnya.

Menurut Zhu, dokumentari tersebut mendapat sambutan hangat di China dan antarabangsa kerana ketulenan sejarah dan naratif yang menyentuh hati.

“Ia bukan hanya kisah rakyat China, tetapi kisah kemanusiaan sejagat.

“Filem ini mengajak kita belajar dari sejarah agar dapat membuka jalan ke masa depan,” tambah beliau.

Zhu juga menegaskan komitmen China untuk terus memperkukuhkan hubungan dua hala dengan Malaysia, khususnya Sabah, melalui diplomasi budaya dan pertukaran rakyat.

Richard turut mengaitkan mesej keamanan dan sejarah filem ini dengan hubungan diplomatik Malaysia-China yang bakal memasuki tahun ke-51 pada 2025.

“Sejak hubungan diplomatik dimeterai pada 1974, kerjasama kedua-dua negara terus berkembang dalam pelbagai bidang dan Sabah memainkan peranan penting dalam usaha ini,” katanya.

Beliau yakin Malaysia dan China mampu mencipta satu lagi ‘50 tahun keemasan’ yang penuh manfaat dalam perdagangan, pendidikan, pelaburan dan pertukaran budaya.

“Malaysia dan China adalah negara yang cintakan keamanan. Masa depan yang makmur dan stabil hanya dapat dicapai dengan kerjasama erat.

“Marilah kita terus berganding bahu menuju pembangunan bersama,” ajak beliau.

Related Posts

Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot fiber yang membawa lapan penumpang ke Pulau Langkawi tanpa kebenaran di perairan Kuala Perlis, lewat petang semalam. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

KUCHING – Sarawak mewajibkan Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) melapor terus ke Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) tanpa campur tangan ketua jabatan bagi menjamin ketelusan pentadbiran awam. Setiausaha Kerajaan Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit