Patriotisme wajib dipertahan, solidariti perlu disalur dengan betul – Rina

TAWAU – Rakyat diingatkan agar tidak mencampuradukkan solidariti dengan kemerdekaan kerana semangat patriotisme terhadap negara wajib dipertahankan manakala solidariti perlu disalurkan menerusi jalan yang betul.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Datuk Rina Jainal berkata, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, rakyat hendaklah memahami kedua-duanya yang membawa makna dan tujuan berbeza.

Beliau berkata, hanya semangat patriotisme dan nasionalisme sahaja mampu membentuk luhur jati diri seseorang individu.

“Kita lihat banyak situasi yang sedikit sebanyak mengganggu gugat perpaduan kita sebagai anak Malaysia melalui isu yang dekat di hati rakyat (kes Zara Qairina).

“Kita juga lihat ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu ini dan menggunakannya sebagai satu pencetus emosi dalam kalangan rakyat.

“Ini yang mengkhuatirkan kita apabila kemerdekaan dan solidariti dicampur aduk, wujud sentimen sehingga terdapat pihak yang tidak mahu menyambut Hari Kemerdekaan disebabkan situasi semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada program pengagihan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah kepada pemilik kenderaan termasuk pengangkutan awam dan premis perniagaan di sekitar Stesen Bas Tawau, di sini, pada Rabu.

Pada program itu, sebanyak 500 Jalur Gemilang dan Bendera Sabah diagih bermula bandar Tawau hingga ke sekitar DUN Kukusan sebagai menyemai semangat Hari Kemerdekaan ke-68.

Sementara itu, Rina yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah menyeru agar pihak berkaitan termasuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) turun padang mengagihkan bendera secara percuma.

“Bagi saya rakyat pun mengharapkan agar ada inisiatif seumpama ini sebab tadi kita boleh lihat dan saya percaya semangat itu sentiasa ada dalam kalangan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Rina juga berharap agar satu pendekatan baharu wajar diambil pihak berkaitan memandangkan kewujudan perkhidmatan e-hailing seperti Grab memberi kesan ketara terhadap pengangkutan awam konvensional termasuk teksi dan bas.

“Dari pemandu-pemandu teksi konvensional ini kita lihat ada berlaku penurunan dalam mendapatkan penumpang dan baru juga sebentar tadi untuk sebuah bas ini sahaja kadang-kadang hanya satu sahaja penumpang yang terpaksa dibawa dari bandar ke destinasi.

“Mungkin ada juga sesuatu yang perlu kita perbaiki iaitu bagaimana kita mengelolakan pengangkutan awam ini akan lebih berkesan dan relevan untuk masyarakat setempat,” ujarnya.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit