KPM peruntuk RM370,000 untuk baik pulih SK Seri Perlis

KANGAR – Tidak sampai 24 jam dibadai ribut, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan kerja baik pulih Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perlis yang rosak akan dimulakan segera dengan kos berjumlah RM370,000.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, laporan kerosakan yang diterima menunjukkan bahagian bumbung beberapa bangunan termasuk bilik darjah, kemudahan lain serta sistem pendawaian elektrik terjejas dalam insiden tersebut.

“Kerja pembersihan sedang berjalan dan dijangka selesai selewat-lewatnya esok bergantung kepada keadaan cuaca.

“KPM beri jaminan kerja baik pulih bernilai RM370,000 akan dimulakan segera demi manfaat murid, guru dan seluruh warga sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, KPM dalam satu kenyataan memaklumkan amat menitikberatkan aspek keselamatan pelajar dan guru, justeru segala proses pembelajaran bersemuka ditangguhkan buat sementara waktu sehingga keadaan benar-benar selamat.

Fadhlina dalam kenyataan itu berkata, pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan diteruskan bagi memastikan murid tidak tercicir walaupun sekolah mengalami kerosakan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam, ribut kencang menerbangkan sebahagian besar bumbung bangunan lama sekolah itu sejauh kira-kira 30 meter sehingga ke pagar sekolah.

Insiden tersebut melibatkan beberapa kelas Tahun Satu, Tahun Dua, Program Pendidikan Khas Integrasi serta prasekolah yang menjejaskan hampir 200 murid.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok