Peniaga Melayu tidak diabaikan di Selangor – Najwan

NASIB peniaga Melayu di Selangor terus dibela menerusi pelbagai inisiatif Kerajaan Negeri termasuk aspek pendigitalan dan pemasaran melalui Platform Selangor (PLATS).

Exco Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berkata, pentadbiran negeri juga menawarkan skim i-Bisnes dan Niaga Darul Ehsan (NaDI) di bawah Yayasan Hijrah Selangor, khusus untuk penjaja yang ingin mengembangkan perniagaan atau memerlukan modal pusingan.

Jelasnya, Dana Usahawan MADANI Selangor (DUMS) pula menawarkan geran barangan perniagaan bernilai sehingga RM30,000.

“Selain itu kita menyediakan banyak tapak niaga berlesen seperti pasar malam, bazar Ramadan dan raya, tapak khas hari minggu, kawasan dataran atau rekreasi.

“Contohnya, tawaran mengelola aktiviti niaga di ratusan lokasi bazar yang diluluskan setiap musim. Penjaja Melayu adalah penerima manfaat utama,” katanya dipetik Media Selangor.

Mohd Najwan mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa PBT dan kerajaan negeri supaya tidak mengabaikan kepentingan peniaga kecil serta penjaja Melayu di bandar.

Perdana Menteri berkata, kehebatan sebuah bandar raya bukan terletak kepada pembangunan sahaja tetapi bagaimana PBT meningkatkan kemudahan asas kepada warga peniaga kecil.

Mengulas lanjut, Mohd Najwan berkata, pentadbiran negeri juga memperkenal dasar Speed Selangor untuk mempercepat kelulusan perniagaan di peringkat PBT.

“Usaha ini termasuk mengadakan jelajah PLATS Masuk Bazar dan jelajah Geran Digital Penjaja Madani supaya penjaja tradisional tidak tercicir dalam ekonomi digital,” katanya.

Related Posts

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

KOTA KINABALU – Ketua Merinyu Projek Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak terpaksa mendapatkan rawatan selepas pengsan ketika menunaikan solat malam semalam akibat mengalami pening secara tiba-tiba. “Saya mengalami sakit…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM siasat urus niaga tanah FELDA, bekas pengarah besar bergelar ‘Datuk’ direman

SPRM siasat urus niaga tanah FELDA, bekas pengarah besar bergelar ‘Datuk’ direman

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

Agong perkenan darurat Serian ditamatkan

‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

‘Pas bukan Jabatan Imigresen akhirat’ – Mahfuz

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

Salleh Said Keruak pengsan ketika solat, alami kecederaan di kepala

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun