PM Anwar kecam kekejaman Israel di Gaza

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis yang terus melancarkan serangan ke atas Gaza, khususnya terhadap golongan kanak-kanak, wanita, hospital, dan institusi pendidikan.

Anwar menyifatkan tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan rejimnya sebagai zalim serta melampaui batas kewarasan manusia.

“Saya sudah berusia 78 tahun, dan belum pernah melihat, membaca atau mendengar tentang kekejaman seperti ini pada zaman moden. Netanyahu dan kelompoknya memang kurang siuman.

“Zalim! Mereka sanggup mendakwa bahawa setiap anak kecil di Gaza merupakan anggota Hamas termasuk kanak-kanak berusia 2 tahun yang hanya berlari,” katanya.

Menurut beliau, tindakan rejim Zionis yang menggunakan kebuluran dan sekatan bantuan kemanusiaan sebagai senjata perang jelas mencerminkan kezaliman yang keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahan umum pada Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka di sini, malam tadi.

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; Ketua Pengarah Sumud Nusantara merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman; dan CEO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.

Kerajaan Malaysia terus menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin dan menyeru masyarakat antarabangsa agar mengambil tindakan tegas terhadap kekejaman yang berterusan di wilayah Gaza.

Related Posts

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

TIDAK perlu menunggu keputusan daripada Perdana Menteri jika mahu mencabar Kerajaan Perpaduan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim. Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan daripada Presiden UMNO, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar di sini sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan khidmat awam beliau dalam pelbagai bidang selama lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM