Jala ikan di Segama, lelaki temui bom Perang Dunia Kedua

LAHAD DATU – Seorang lelaki menemui sebiji bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua semasa menjala ikan di tebing Sungai Segama, pada Ahad. 

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, bom jenis Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb itu berukuran 40 sentimeter lilit, panjang 30 sentimeter dan dianggarkan seberat 500 lbs (pound). 

“Siasatan lanjut oleh Cawangan Persenjataan IPD Lahad Datu mengesahkan bom berkenaan buatan British. 

“Objek berbahaya itu ditemui oleh seorang penduduk tempatan berumur 52 tahun ketika menjala ikan sebelum memaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad. 

Dzulbaharin menasihati orang ramai agar tidak menghampiri kawasan tersebut sementara menunggu pemusnahan bom oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.

Related Posts

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

KUCHING – Sesi persekolahan secara bersemuka bagi lapan daerah di negeri ini diarahkan tutup berkuat kuasa serta-merta bermula 20 Ogos hingga 21 Ogos ini susulan fenomena jerebu yang menjejaskan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

KUANTAN – Empat beranak berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Pandan 1, dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4 petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini