Penyedia perkhidmatan kesihatan di Sabah nikmati RM30 juta geran digital PMKS MADANI

KOTA KINABALU – Sabah dipilih sebagai antara satu lokasi Program Geran Digital PMKS MADANI kerana potensi dan daya saing komuniti tempatan yang unik seiring dengan fokus pemerkasaan sektor kesihatan melalui peruntukan RM30 juta kepada penyedia perkhidmatan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi), Kementerian Komunikasi, Mano Verabathran berkata inisiatif itu bertujuan mempercepat digitalisasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kesihatan seperti klinik, farmasi dan syarikat telehealth, hasil kerjasama kementerian dengan MCMC.

“Antara pembaharuan utama ialah pelaksanaan e-preskripsi di mana pesakit tidak lagi perlu hadir secara fizikal ke klinik. 

“Mereka boleh berunding dengan doktor dalam talian, menerima preskripsi digital dan mendapatkan ubat sama ada di farmasi atau dihantar terus ke rumah,” katanya dalam sidang media sempena Majlis Perasmian Geran Digital PMKS MADANI Fest 2025 di sini, pada Ahad.

Beliau turut mengumumkan projek perintis penghantaran ubat menggunakan dron di Klinik Kesihatan Tawau yang dijangka bermula hujung tahun ini khusus bagi pesakit pedalaman.

“Inilah sebab Sabah dipilih, untuk membuktikan teknologi mampu merapatkan jurang kesihatan antara bandar dan luar bandar,” katanya.

Program itu turut menampilkan reruai digital oleh penyedia perkhidmatan kesihatan tempatan yang menerima manfaat geran termasuk sistem rekod pesakit digital, temujanji automatik dan konsultasi maya.

Program sama telah dilaksanakan di Kelantan dan Johor, sebagai sebahagian daripada usaha nasional mempercepat transformasi digital sektor kesihatan. 

Untuk rekod, setakat tahun lalu, lebih 2,800 penyedia kesihatan di seluruh negara telah menerima manfaat geran tersebut.

Sementara itu, mengulas kawalan kandungan sensitif di media sosial, Mano menjelaskan MCMC tidak mempunyai kuasa menurunkan kandungan secara langsung, sebaliknya bergantung kepada tindakan platform selepas semakan garis panduan komuniti masing-masing.

“Proses biasanya mengambil masa antara satu hingga dua minggu bergantung kepada maklum balas platform dan hanya selepas laporan polis dibuat oleh pihak terkesan,” katanya.

Related Posts

Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2

SIBU – Seramai 712 penduduk di sekitar Parlimen Lanang berjaya memperoleh lesen motosikal Kelas B2 menerusi Program Bantuan Lesen Memandu Tahun 2026 anjuran pusat khidmat parlimen berkenaan. Timbalan Yang Dipertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program KAWAN JKOM perkukuh jaringan kerjasama kerajaan, masyarakat Bawang Assan

NANA MOHAMAD & EVELINE B SIBU – Penganjuran Program KAWAN bertemakan ‘Dari Komuniti, Untuk Komuniti’ anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) menjadi platform terbaik bagi memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?

PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?

Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2

Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2

Program KAWAN JKOM perkukuh jaringan kerjasama kerajaan, masyarakat Bawang Assan

Program KAWAN JKOM perkukuh jaringan kerjasama kerajaan, masyarakat Bawang Assan

Bomba Komuniti benteng awal cegah kebakaran di Limbang

Bomba Komuniti benteng awal cegah kebakaran di Limbang

Ngiling Bidai PDMK cerminan keharmonian budaya Dayak dan keluhuran syariat Islam

Ngiling Bidai PDMK cerminan keharmonian budaya Dayak dan keluhuran syariat Islam

‘Tak payah ambil Grab dah’ – Netizen teruja LRT3 percuma sebulan

‘Tak payah ambil Grab dah’ – Netizen teruja LRT3 percuma sebulan