Polis berkas buruh binaan cuba samun kedai ayam goreng

KANGAR – Seorang buruh binaan yang mempunyai 20 rekod jenayah lampau diberkas polis selepas cuba menyamun sebuah kedai ayam goreng di Kampung Padang Melangit, di sini pada 16 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, suspek berusia 35 tahun itu bertindak mengacukan pisau lipat ke arah seorang pekerja wanita di kaunter kira-kira pukul 12.07 tengah hari.

“Suspek yang menunggang motosikal merah pada mulanya memesan satu set ayam goreng Korea berharga RM12 sebelum masuk ke ruang kaunter.

“Dia kemudian mengugut mahu menikam mangsa sambil meminta wang, namun pekerja terbabit menjerit meminta tolong menyebabkan suspek panik dan melarikan diri,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan manakala tiada kerugian dilaporkan.

Yusharifuddin berkata, hasil maklumat Op Rentap/Cantas, sepasukan polis berjaya menahan suspek kira-kira pukul 4.45 petang hari sama di tepi Jalan Sungai Baru, Simpang Empat selepas berlaku pergelutan.

“Semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai 20 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kes jenayah dan narkotik,” jelasnya.

Katanya, suspek direman empat hari bermula 17 hingga 20 Ogos lalu sebelum disambung tahanan reman di IPD Padang Besar bagi membantu siasatan dua lagi kes.

Tambah beliau, kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri Perlis pada 19 Ogos lalu dan suspek berdepan tiga pertuduhan di mahkamah.

Antaranya di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, selain Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dengan hukuman penjara lima hingga 10 tahun.

Suspek turut didakwa di bawah Seksyen 28 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX