Mahkamah benar reman penjawat awam salah guna jawatan

KANGAR – Mahkamah Majistret Kangar hari ini membenarkan reman lima hari terhadap dua penjawat awam bagi membantu siasatan berhubung salah guna jawatan melibatkan projek Kerajaan Negeri Perlis bernilai hampir RM100,000.

Perintah reman sehingga 24 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Nursyahida Abdul Rahim selepas kedua-dua suspek berusia 36 dan 42 tahun dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar kira-kira pukul 9 pagi dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.

Menurut sumber, kedua-dua individu berjawatan penolong pegawai tadbir dan pembantu tadbir kanan itu ditahan di pejabat SPRM pada pukul 2 petang semalam.

“Siasatan lebih menjurus kepada salah guna jawatan bagi kepentingan peribadi membabitkan empat projek perolehan Kerajaan Negeri sejak tahun 2020 hingga 2024.

“Siasatan awal juga mendapati kedua-dua suspek berkomplot menyalahgunakan jawatan mereka untuk menguruskan perolehan kerajaan bagi tujuan peribadi,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Nor Adha Ab. Gani mengesahkan tangkapan serta perintah reman terhadap kedua-dua individu terbabit.

Related Posts

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

KOTA TINGGI – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung dalam tempoh terdekat tidak akan menjejaskan kedudukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, meskipun keputusan pilihan raya itu berpotensi mengubah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

Oleh: S.Abdullah dan Don Mikael SEREMBAN – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengadakan satu mesyuarat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di Seremban, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Tampar cucu Nik Aziz, Azhar nafi dakwaan fitnah

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

Kundasang berpotensi sebagai hab benih bawang merah negara

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM

UMS perluas potensi sagu sebagai makanan masa depan menerusi pendekatan psikologi dan STEM