Sektor swasta disarankan kaji skim gaji munasabah

PUTRAJAYA – Sektor swasta yang mencatat keuntungan tinggi disarankan mengkaji semula skim gaji yang munasabah kepada pekerja mereka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, reformasi gaji perkhidmatan awam yang diumumkan hari ini juga merupakan mesej dan mesimej kepada syarikat swasta untuk menaikkan gaji pekerja supaya beban kewangan mereka dapat diringankan.

“Saya harap pihak swasta akan mengkaji semula skim (gaji) mereka supaya beban (kewangan) tenaga kerja dapat dikurangkan dengan skim imbuhan dan kenaikan gaji yang lebih munasabah terutama syarikat yang mencatatkan keuntungan besar.

“Tiada sebab gaji bulanan kurang daripada RM2,000,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas berucap pada penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) edisi ke-19 bertemakan ‘Perkhidmatan Awam Madani’ di sini hari ini.

Anwar berkata, kenaikan gaji itu bukan sahaja sebagai ganjaran dan penghargaan di atas perkhidmatan yang diberikan oleh penjawat awam, tetapi juga sebagai motivasi untuk mereka meningkatkan prestasi di tempat kerja.

Beliau berkata, pelarasan gaji itu dilakukan melalui transformasi radikal dan anjakan besar memandangkan ia melibatkan soal akauntabiliti dan prestasi.

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional secara secara berfasa bermula 1 Disember 2024.

Manakala bagi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi pula, pelarasan gaji akan diberikan sebanyak 7 peratus juga dilaksanakan secara berfasa.

Pelaksanaan pemberian gaji akan diberikan secara berfasa iaitu fasa 1 pada 1 Disember 2024 manakala fasa 2 pula pada 1 Januari 2026.

Related Posts

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

KUALA LUMPUR – Bermula hari ini, semua pengeluaran tunai antara bank menerusi mesin juruwang automatik (ATM) dan Mesin Smart Recycler (SRM) di seluruh negara tidak lagi dikenakan caj RM1 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Had pembelian diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dimansuhkan, mekanisme MyKad berkuat kuasa

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini mengumumkan pemansuhan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

Pengeluaran ATM antara bank kini percuma, caj RM1 dimansuhkan mulai hari ini

Haaland watak penting kemenangan Norway atasi Ivory Coast 2-1

Haaland watak penting kemenangan Norway atasi Ivory Coast 2-1

Had pembelian diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dimansuhkan, mekanisme MyKad berkuat kuasa

Had pembelian diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan dimansuhkan, mekanisme MyKad berkuat kuasa

Tak letak calon lawan DAP, Pas amal politik songsang

Tak letak calon lawan DAP, Pas amal politik songsang

Rakyat Johor matang nilai perbezaan politik negeri dan pusat, PH yakin momentum kempen diterjemah pada undi

Rakyat Johor matang nilai perbezaan politik negeri dan pusat, PH yakin momentum kempen diterjemah pada undi

BUDI MADANI Diesel: Harga bahan api tanpa subsidi turun bukan umpan PRN Johor

BUDI MADANI Diesel: Harga bahan api tanpa subsidi turun bukan umpan PRN Johor