CAP kutuk serangan ke atas anak Rafizi

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya baru-baru ini.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, serangan itu yang turut disusuli ugutan kepada keluarga Rafizi adalah satu perbuatan pengecut, jijik dan tidak berakhlak.

“Perbuatan ini menunjukkan pihak terlibat gagal atau enggan berdepan dengan individu yang disasarkan melalui saluran sah seperti mahkamah atau pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, laporan mendakwa insiden berkenaan mempunyai kaitan dengan tugas Rafizi yang mendedahkan pelbagai skandal politik serta isu lain berdasarkan maklumat daripada pembocor rahsia.

“CAP mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan menyeluruh dan memastikan dalang yang bertanggungjawab segera ditangkap serta dihukum mengikut undang-undang.

“Polis mesti mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan awam. Jika perkara ini boleh berlaku kepada seorang bekas menteri, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,” katanya.

Rafizi pada Rabu lalu memaklumkan, anak dan isterinya baru memasuki kereta untuk beredar dari lokasi kejadian sebelum kanak-kanak berusia 12 tahun itu tiba-tiba ditarik serta dicucuk dengan jarum suntikan.

Semakan awal mendapati, dua lelaki menaiki motosikal mengekori kereta isterinya. Kedua-dua suspek berpakaian serba hitam dan bertopi keledar penuh, dipercayai menunggu sebelum melakukan serangan.

Siasatan kes serangan itu kini diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, selaras dengan keperluan siasatan yang lebih menyeluruh dan berpusat.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan

Pas hilang cita-cita jadi kerajaan, fokus jadi pembangkang tunjuk kemerosotan politik – Suhaizan