Kepemimpinan baharu mantapkan lagi Briged Ketiga Infantri Malaysia

KUCHING – Majlis Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Briged) berlangsung penuh istiadat di Padang Kawad Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD), Kem Semenggo, Kuching pada Isnin.

Upacara bersejarah itu menyaksikan Brigedier Jeneral Mohd Sauffi Omar menyerahkan tampuk kepimpinan kepada penggantinya, Brigedier Jeneral Khairuddin Zakaria, sekali gus menandakan kesinambungan kepemimpinan formasi berprestij tersebut.

Majlis penuh simbolik itu melibatkan lapan detasmen dengan kekuatan 27 pegawai dan 436 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP), diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-10 Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Kolonel Mohamad Nasirudin Ismail, serta diiringi Pancaragam Gabungan Pasukan Naungan 3 Briged.

Dalam ucapan penghargaan, Brigedier Jeneral Mohd Sauffi yang telah menerajui 3 Briged selama setahun tiga bulan menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada seluruh warga formasi itu.

“Sepanjang saya memimpin briged ini, banyak kejayaan dan kenangan manis telah kita kecapi bersama. Saya amat berbangga kerana diberi peluang memimpin sebuah formasi yang sentiasa profesional, dedikasi dan disegani,” katanya .

Beliau turut memohon agar segala kekhilafan sepanjang kepemimpinannya dihalalkan, selain menyeru semua anggota agar terus memberikan sokongan penuh kepada Panglima baharu demi memastikan 3 Briged kekal unggul.

Beliau turut menyifatkan peluang menerajui briged itu sebagai satu penghormatan yang besar, sambil menegaskan bahawa formasi tersebut mempunyai keupayaan tinggi dan anggota yang berdedikasi.

Sementara itu, Panglima 3 Briged baharu, Brigedier Jeneral Khairuddin Zakaria yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan, menerima tabik hormat sebelum menandatangani Nota Serah Terima Tugas yang disaksikan oleh Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Khairul Anuar Abd Aziz.

Pelantikan beliau sebagai Panglima 3 Briged Ke-41 berkuat kuasa 15 Julai lalu diyakini akan terus memperkukuh kecemerlangan 3 Briged dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak