DUN Telupid, Sugut, Labuk mesti dimenangi GRS – Hajiji

BELURAN – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu memastikan kemenangan di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Telupid, Sugut dan Labuk pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

Beliau berkata, sokongan padu terhadap calon-calon GRS amat penting bagi meneruskan kesinambungan usaha kerajaan negeri dalam membangunkan Sabah.

“Kita sokong calon-calon daripada parti kita. Sokong saudara Datuk Samad Jamri, beliau bekerja kuat setiap hari, asal berjumpa saya pasti membawa masalah rakyat di Labuk untuk perhatian kerajaan.

“Oleh itu, saya mahu tiga kawasan DUN ini mesti dimenangi oleh GRS,” katanya ketika berucap pada Majlis Pesta Labuk Beluran, di sini, pada Sabtu.

Menurut Hajiji, pelbagai kejayaan telah dicapai oleh kerajaan negeri pimpinan GRS termasuk memeterai perjanjian dengan Petronas, menarik lebih banyak pelaburan, menyediakan puluhan ribu peluang pekerjaan selain menyalurkan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat di kampung, sekolah serta sektor industri.

Beliau turut mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah pembangkang yang menurutnya hanya melemahkan perpaduan serta mengganggu fokus pembangunan negeri.

“Pembangkang tidak ada kerja lain, setiap hari hanya menabur fitnah.

“Kita tidak mahu perkara ini berlaku kerana kita mahu rakyat maju ke depan, bukan berpecah belah,” katanya.

Hajiji menambah, kejayaan dan inisiatif kerajaan negeri perlu diteruskan untuk tempoh lima tahun akan datang dengan mandat baharu daripada rakyat.

“Saya yakin rakyat di Beluran khususnya di tiga DUN ini akan bersama-sama memastikan kemenangan calon GRS pada pilihan raya negeri akan datang.

“InsyaAllah, GRS akan terus menjadi kerajaan selepas pilihan raya nanti,” ujarnya.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow