Dua wartawan ditahan SPRM pernah jadi anggota tentera

DUA wartawan daripada 10 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah dan barang seludup turut merupakan bekas pegawai risikan tentera, dedah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, kedua-dua individu berkenaan memilih untuk bersara awal sebelum bekerja sebagai wartawan di sebuah syarikat media dalam talian.

“Berdasarkan siasatan kami, pekerjaan mereka sebagai wartawan hanyalah sebagai ‘topeng’ kepada peranan sebenar mereka dalam sindiket berkenaan,” katanya dipetik New Straits Times.

Semalam, Mahkamah Majistret mengeluarkan perintah reman terhadap 10 individu termasuk lima pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia bagi membantu siasatan SPRM terhadap sindiket penyeludupan yang beroperasi di selatan negara.

SPRM memaklumkan bahawa individu lain yang direman terdiri daripada dua wartawan daripada agensi media dalam talian, seorang pengurus syarikat, seorang pembantu tadbir di Persatuan Perubatan Malaysia, dan seorang wanita warga asing.

Menurut sumber, lima pegawai kanan tentera dan lima orang awam berusia antara 30 hingga 55 tahun telah ditahan sekitar Lembah Klang awal minggu ini dalam operasi yang dinamakan Ops Sohor, yang dijalankan oleh Bahagian Risikan SPRM dengan kerjasama polis.

Pegawai risikan tentera tersebut disyaki bersekongkol dengan sindiket berkenaan dengan membocorkan maklumat operasi bagi membantu mereka mengelak tindakan penguatkuasaan.

Barangan seludup yang didakwa dibawa masuk ke dalam negara termasuk dadah, rokok dan barangan lain dari negara jiran, dengan anggaran nilai sekitar RM5 juta sebulan.

Serbuan dilakukan selepas kira-kira 12 bulan risikan dijalankan, dan suspek dipercayai menerima antara RM30,000 hingga RM50,000 sebagai rasuah bagi setiap trip penyeludupan yang dijalankan.

Dalam operasi kelmarin itu, SPRM turut merampas lebih RM63,000 wang tunai, beberapa bungkusan yang disyaki mengandungi dadah, peralatan menimbang dan mengukur, minuman keras serta senjata api tiruan yang ditemui di premis yang diserbu.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian