Polis Kinabatangan pesan peserta Himpunan Aman Solidariti Zara, tak bawa anak kecil demi keselamatan

KINABATANGAN – Polis Kinabatangan mengesahkan menerima permohonan rasmi penganjuran perhimpunan aman bagi menuntut keadilan ke atas kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir yang dijadual pada Jumaat malam. 

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden Ravi Duraisamy berkata, perhimpunan solidariti itu akan diadakan dari pukul 8.00 hingga 10.00 malam di hadapan bangunan DIY Bukit Garam Point.

“Notis di bawah Seksyen 12(1), Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) telah dikemukakan oleh pihak penganjur dan semua sekatan serta syarat berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam telah dimaklumkan mengikut Seksyen 15(1) akta yang sama.

“Penganjur dan peserta diminta mematuhi semua arahan polis bagi memastikan suasana perhimpunan kekal aman serta keselamatan semua pihak terjamin,” menurut dalam kenyataan itu, di sini, pada Khamis.

Polis turut mengingatkan bahawa tiada peserta dibenarkan membawa senjata atau sebarang objek yang boleh mendatangkan kemudaratan, mencetuskan ketakutan atau menyebabkan kecederaan kepada individu atau harta awam.

Sebagai langkah keselamatan tambahan, pihak polis turut menasihatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, agar tidak membawa anak-anak bawah umur ke lokasi perhimpunan bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Related Posts

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

KUANTAN – Seramai 300 mahasiswa anak Pahang menerima peruntukan RM1,000 seorang melalui Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK