KPM disaran turun padang utamakan pembaikan sekolah daif Sabah

KALABAKAN – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek diseru turun padang melihat keadaan sekolah di pedalaman Sabah dan meletakkan pembaikan sekolah daif sebagai agenda paling utama sebelum melaksanakan program simbolik berskala besar.

Seruan itu dinyatakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kalabakan, Muhammad Faizul Mustapa sebagai mengulas pengumuman peruntukan RM8.4 juta bagi membekalkan lencana Jalur Gemilang kepada 5.14 juta pelajar sekolah, Kolej Matrikulasi, Kolej Tingkatan Enam dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

“Saya menyokong usaha memupuk semangat patriotisme, realitinya di Sabah masih banyak sekolah daif dengan bilik darjah serba kekurangan, peralatan pembelajaran tidak mencukupi, dan kemudahan asas yang jauh ketinggalan.

“Persoalannya, apakah wajar membelanjakan RM8.4 juta untuk lencana sedangkan ramai murid di Sabah belajar dalam keadaan yang tidak selesa dan serba kekurangan?

“Patriotisme tidak akan lahir daripada simbol semata-mata, tetapi daripada rasa bangga belajar di sekolah yang selamat, bersih, dan kondusif,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Justeru katanya, sekiranya dana RM8.4 juta itu disalurkan kepada pembaikan sekolah daif, ia akan memberi manfaat langsung kepada pelajar dan guru, meningkatkan mutu pendidikan serta menyuburkan semangat cinta negara secara ikhlas dan murni.

Related Posts

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru kepimpinan syarikat korporat agar menunjukkan keprihatinan dan ihsan terhadap pekerja dengan mempertimbang kenaikan gaji demi menjaga kebajikan mereka serta meningkatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

KUALA LUMPUR – Elaun Pasca Cuti Bersalin akan diperkenalkan kerajaan sebagai inisiatif baharu bagi membantu ibu bekerja kekal dalam tenaga buruh, di samping meringankan beban selepas melahirkan anak. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Harga minyak kekal RM1.99, kerajaan utamakan kebajikan rakyat

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri

Didapati wujud prima facie, mahkamah perintah Ebit Liew bela diri