‘Ahmad Fadhli belajarlah berhujah secara berhemah, berfakta seperti Khairil Nizam’

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook secara berseloroh memberi teguran terbuka kepada Ahli Parlimen (PN) Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari agar lebih berhemah dan berpandukan fakta ketika berhujah di Parlimen.

Teguran itu dibuat ketika menjelaskan pemilihan Ahli Parlimen (PN) Jerantut, Khairil Nizam Khirudin (PN) ke dalam Pasukan Petugas Khas Siasatan Insiden Kemalangan Maut yang membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Anthony berkata, pemilihan Khairil adalah berdasarkan profesionalisme dan kebolehan beliau berhujah secara berfakta, sesuatu yang sepatutnya menjadi teladan kepada semua Ahli Parlimen termasuk Pasir Mas.

Katanya, beliau sendiri mencadangkan nama Khairil, sekaligus menunjukkan bahawa kerajaan bersikap terbuka dan telus dalam menangani isu keselamatan jalan raya.

“Saya sendiri menamakan Jerantut dalam pasukan petugas khas ini kerana saya menghormati Yang Berhormat (Jerantut) sebagai Ahli Parlimen yang profesional dan berfakta. Kita harap ini menjadi contoh kepada Ahli Parlimen lain supaya turut berhujah dengan fakta, secara telus dan berhemah.

“Macam Pasir Mas itu kena belajar sikit, Pasir Mas itu saya tak lantik sebab dia kurang sikit. Jerantut saya hormat sebagai jurucakap yang boleh dipercayai kerana berpegang kepada fakta. Saya pernah jadi pembangkang.

“Kalau nak dihormati pihak eksekutif, oleh pihak kerajaan mesti bercakap dengan fakta, jangan cakap merapu dalam dewan yang mulia ini,” katanya pada sesi jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Khairil sama ada kerajaan akan menubuhkan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia (MTSB) sebagaimana yang pernah dicadangkan pada tahun 2018 dan jika dilaksanakan, wakil rakyat pembangkang sedia menyokongnya.

Sebelum ini, Anthony mengumumkan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Hasni Mohammad, Khairil serta beberapa individu lain menyertai pasukan petugas khas tersebut yang dipengerusikan oleh Ketua Inspektor Kemalangan Udara Kementerian Pengangkutan (MOT), Brigadier Jeneral Tan Chee Kee.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa kementeriannya sedang merangka dasar untuk menubuhkan MTSB dan ia memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan.

“Nak tubuh badan baharu bukan mudah. Banyak proses perlu dilakukan perlu dibawa ke Kabinet untuk mendapatkan keputusan dasar, dan keputusan dasar ini pula memerlukan sokongan pelbagai pihak.

“Untuk tubuh MTSB, perlu ada satu birokrasi baharu, pewujudan jawatan baharu dan sebagainya, yang mempunyai implikasi kewangan, perjawatan dan lain-lain. Selepas itu barulah wujud jawatankuasa kerja yang melibatkan setiap perincian sebelum boleh draf rang undang-undang untuk diluluskan di Parlimen,” katanya.

Sementara itu, ketika mengulas cadangan supaya kerajaan mewajibkan dua pemandu bagi kenderaan berat, Anthony berkata, usaha itu sukar untuk dilaksanakan sepenuhnya memandangkan negara kekurangan jumlah individu yang berminat bekerja dalam bidang tersebut.

“Dalam beberapa kategori seperti bas persiaran dan ekspres, jika jaraknya melebihi 300 kilometer memang diwajibkan dua pemandu.

“Namun, kita menghadapi masalah praktikal dalam pasaran kerana pemandu bas dan lori agak kurang bukan sahaja tidak ramai berminat, malah kita telah mengadakan pelbagai kempen termasuk lesen E percuma.

“Kementerian juga sedang merangka pendekatan baharu bagi melahirkan lebih ramai pemandu profesional, termasuk melihat dari segi kadar gaji yang perlu dibayar setimpal dengan risiko dan beban kerja yang dilaksanakan,” katanya.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James