Kerajaan salur RM1.1 juta bangunkan Kampung, Sekolah Angkat MADANI di Kg Kiau

KOTA BELUD – Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan peruntukan berjumlah RM1.1 juta bagi melaksanakan projek pembangunan Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI di Kampung (Kg) Kiau, di sini.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek infrastruktur kecil di kampung berkenaan, manakala RM100,000 disalurkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kiau.

Beliau berkata, projek pembangunan Kg Angkat MADANI merangkumi projek-projek kecil menaik taraf jalan perumahan, jalan pertanian serta kemudahan awam di beberapa zon di Kg Kiau Nuluh, Kg Kiau Taburi dan Kg Kiau Bersatu.

“Antara projek yang dilaksanakan termasuk menaik taraf jalan padang, dewan, klinik dan balai raya di Kg Kiau Nuluh; membina parit di Zon Tebobon dan Hongkung. 

“Membina jalan dan culvert ke kawasan perkuburan di Kg Kiau Taburi; serta pembinaan jalan komuniti dan sistem perparitan di Zon Tomoduh, Kg Kiau Bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Perasmian Program Pembangunan Pelancongan Melalui Gerakan Koperasi dan Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Kg Kiau, di Dewan Tamu Desa Kg.Kiau, di sini pada Sabtu. 

Ewon berkata, bagi Sekolah Angkat MADANI pula, sebanyak RM100,000 diperuntukkan kepada PIBG SK Kiau untuk keperluan pembangunan sekolah tersebut.

“SK Kiau ialah sekolah angkat saya iaitu tempat saya bersekolah dari Darjah 1 hingga Darjah 6.

“Saya berharap dengan peruntukan ini dapat menyelesaikan sebahagian daripada keperluan pembangunan di kampung saya termasuk di SK Kiau,” katanya.

Beliau juga menyeru agar, penduduk kampung terus terus membangunkan sumber alam di kampung ini khususnya dalam sektor pertanian, pelancongan dan koperasi untuk merancakkan lagi pembangunan sosioekonomi komuniti kampung.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Noor Affifah Abdul Razak.

Related Posts

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

KANGAR – Inisiatif Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) membuka Tabika Tunas Istimewa (TTI) di Perlis dilihat berpotensi mengubah landskap pendidikan khas luar bandar menerusi model kos rendah yang lebih inklusif. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik