Siasat kematian Zara Qairina secara adil – Fairuz

KOTA KINABALU – Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan menyeru agar siasatan berhubung kematian tragis Zara Qairina Mahathir dijalankan secara adil, telus dan menyeluruh oleh semua pihak yang bertanggungjawab.

Fairuz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan berkata, kejadian malang yang berlaku itu adalah sesuatu yang tidak wajar untuk didiamkan dan semua usaha menegakkan keadilan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

“Kita faham ada proses dan prosedur yang pihak berkuasa terutama polis laksanakan dan kita hormati semua itu.

“Saya ingin meminta agar semua perhatian diberikan dengan teliti untuk siasatan kes arwah adik Zara dan semoga yang bersalah dapat dibawa ke muka pengadilan, dengan hukuman setimpal,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau telah bertemu Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun hari ini bagi menyatakan solidariti dan sokongan terhadap siasatan kes berkenaan.

“Sebagai seorang ayah, sudah tentu saya boleh bayangkan dan boleh rasa apa yang sedang dirasai ibu kepada arwah dan semua suara orang ramai di luar sana yang mahukan siasatan kes ini terus dijalankan dengan telus.

“Kita akan terus berusaha untuk meminta agar keadilan dalam proses siasatan hingga kes ini selesai dan kita berharap agar semua pihak terus kuat dalam penyatuan solidariti secara berhemah untuk arwah Zara,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut meminta agar semua pihak menghormati dan tidak mencari publisiti murahan dengan membuat spekulasi sendiri di media sosial.

“Kita kena bayangkan jika kita berada di posisi keluarga arwah adik Zara, kita kena letakkan rasa kasih dan prihatin untuk ibu arwah adik Zara yang sekarang sudah amat tertekan dengan kehilangan anak tunggalnya.

“Jadilah pengguna media sosial yang bijak dan jangan jadi penunggang isu dengan menyebarkan maklumat tidak sahih, kerana kelak, kecuaian kita boleh membawa padah andai ada tindakan undang-undang diambil kelak,” ujarnya.

Tambahnya, Kerajaan Negeri juga prihatin dan menyokong penuh usaha siasatan kes arwah Zara agar pesalah dapat diberi hukuman setimpal.

Related Posts

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa PKR supaya tidak berputus asa susulan kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebaliknya bangkit menyusun semula strategi bagi menghadapi Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

SHAH ALAM – Program MADANI Kita (PMK) 2026 menjadi platform penting untuk memastikan dasar dan inisiatif kerajaan bukan sekadar diumumkan, sebaliknya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat melalui penyampaian pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan