Muhyiddin hanya saksi, bantu siasatan – MCMC

SIASATAN Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak melibatkan sebarang dakwaan atau pertuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, MCMC memaklumkan siasatan tersebut melibatkan kandungan sebuah akaun TikTok, yang mengaitkan beliau dengan satu dakwaan berhubung subsidi bersasar RON95.

“Fokus siasatan adalah bagi mengesahkan konteks kandungan yang disiarkan,
dan tidak melibatkan sebarang dakwaan atau pertuduhan terhadap beliau,” menurut kenyataan itu hari ini.

Pada masa sama, MCMC mengumumkan telah menghubungi Muhyiddin untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan.

Semalam, SKMM diarah Pejabat Perdana Menteri supaya menjalankan siasatan selepas Muhyiddin nafi pernah keluar kenyataan mempertahankan kebajikan warga asing dalam isu rasionalisasi subsidi.

Muhyiddin mengulas dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mempertikai kerajaan membebankan orang asing yang turut menyumbang kepada negara susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi.

Muhyiddin menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, dan menunjukkan Anwar tidak membuat semakan dengan betul sebelum mengeluarkan kenyataan di Parlimen.

Related Posts

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

KUCHING – Pemimpin politik di Semenanjung disaran untuk mencontohi sikap serta semangat kepimpinan yang ditunjukkan oleh barisan pemimpin daripada kerajaan Sabah dan Sarawak demi mengekalkan keharmonian negara.   Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak bagi sesi kemasukan September atau Oktober ini akan menerima Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan domestik secara sekali beri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz