Sindiket bunga ganja RM2.4 juta tumpas, suami isteri antara ditahan

SUNGAI PETANI – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis bunga ganja bernilai kira-kira RM2.4 juta dengan penangkapan lima individu termasuk pasangan suami isteri di daerah ini baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Adzli Abu Shah berkata, keseluruhan rampasan bunga ganja seberat anggaran 66.4 kilogram (kg) itu ditemui dalam bagasi dalam sebuah kereta yang dipandu oleh salah seorang suspek.

Menurutnya, serbuan pertama dilakukan pada jam lebih kurang jam 1.30 tengah hari dengan menahan tiga lelaki berusia 26 tahun di tepi jalan di Lot 88 bersama lima bagasi berisi dadah disyaki bunga ganja dengan anggaran berat keseluruhan 64.6kg.

“Dua daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah serta didapati positif dadah manakala seorang lagi dipercayai dalang utama tidak mempunyai rekod lampau.

“Pada jam 8.30 malam hari sama, berpandukan maklumat suspek, satu serbuan dilakukan di SP Saujana Permai dan pihak polis menemui dadah disyaki bunga ganja dengan anggaran berat 1.8kg,” katanya kepada media hari ini.

Keesokan harinya, dua wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket sama ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, masing-masing berusia 24 dan 25 tahun di mana salah seorang daripadanya dipercayai isteri kepada dalang utama.

Kesemua tangkapan direman selama tujuh hari sehingga 11 Ogos depan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Adzli berkata, modus operandi sindiket ialah menggunakan rakyat tempatan yang dihantar ke negara jiran untuk mengambil bekalan dadah menggunakan kereta melalui Bukit Kayu Hitam.

“Kenderaan dihantar kepada sindiket di sebelah sana. Dalam masa dua hingga tiga jam, mereka akan menyeludup dadah ke dalam panel pintu atau bonet kereta, sebelum kenderaan diambil dan masuk semula ke Malaysia melalui Padang Besar di Perlis.

“Hasil risikan mendapati, dadah ini dipercayai untuk dieksport ke negara ketiga namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti destinasi terbabit,” katanya.

Difahamkan, dalang utama sindiket tersebut bekerja sebagai pemberi pinjaman wang tanpa lesen dan mengupah seorang pengawal keselamatan yang gagal membayar hutangnya untuk menjadi penghantar dadah.

Polis turut menyita dua kenderaan yang dipercayai digunakan sindiket berkenaan untuk menjalankan kegiatan terbabit.

End.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta