Anak terpaksa ponteng sekolah sebab tiada bekalan air

GUA MUSANG – “Anak terpaksa ponteng sekolah disebabkan tiada bekalan air,” itulah masalah yang sering dihadapi penduduk di Taman Angropolitan Rantau Manis, di sini.

Masalah bekalan air yang sering dihadapi sejak sekian lama telah menyukarkan aktiviti harian penduduk taman perumahan berkenaan termasuk anak-anak untuk ke sekolah.

Menurut seorang penduduk Kartini Mohd Ramli, 46, berkata, meskipun pelbagai aduan telah dilakukan namun tiada sebarang perubahan bahkan masih berdepan dengan ketiadaan bekalan air.

“Mereka tak bagitahu (punca), yang mereka cakap sebelum ini kebocoran tapi tidak tahu di mana kebocoran tu.

“Hari yang tak ada air, anak saya sampai tak pergi sekolah sebab air (mengalir) memang kecil, susahlah,” katanya.

Justeru, dia berharap agar pihak terbabit dapat menyediakan bekalan air kepada penduduk selain memudahkan urusan dan aktiviti harian mereka termasuk membasuh.

“Kalau boleh, saya minta lah agar sentiasa ada air walaupun sikit tapi biarlah naik ke rumah saya ni. Selalunya dulu boleh laju, sekarang ni tak laju dah air,” katanya.

Related Posts

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

PORT DICKSON – Latihan bersepadu antara agensi kini bukan lagi sesuatu yang boleh ditangguhkan, sebaliknya suatu keperluan semakin mendesak seiring dengan risiko bencana yang kian kompleks. Selaras dengan itu, pelaksanaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

KANOWIT – Penduduk di kawasan Ngemah terus menggesa agar projek Jalan Batu Luking ke Teluk disegerakan berikutan masalah akses jalan yang menjejaskan aktiviti harian serta sektor ekonomi setempat, khususnya pertanian.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Anwar: Negarawan dari rakyat, kepada rakyat

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Krisis Asia Barat: Kerajaan MADANI kekal lindungi rakyat, stabilkan ekonomi

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Latihan ATM, agensi awam kecemasan perlu diperkasa secara holistik

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Penduduk luar bandar mahu penyelesaian segera masalah jalan di kawasan pedalaman

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Masyarakat, bomba perlu bersatu cegah kebakaran tanah gambut

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri

Tembakan dilepaskan dalam majlis dihadiri Trump, isteri