ADUN Semambu lapor MCMC pempengaruh sebar video tidak beretika

KUANTAN – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) digesa mengambil tindakan terhadap video tular memaparkan pempengaruh memberikan nasi bersama tulang ayam kepada seorang gelandangan.

ADUN Semambu, Chan Chun Kuang berkata, kandungan seperti itu bukan sahaja tidak sensitif, malah memperlekehkan maruah insan lain.

Tegasnya, adalah tidak wajar sama sekali menjadikan penderitaan golongan terpinggir sebagai bahan hiburan atas nama ‘kebajikan’.

“Saya amat kesal dengan tindakan tidak beretika ini dan sudah membuat aduan rasmi kepada MCMC.

“Saya menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera bagi menurunkan kandungan itu.

“Ini bagi mengelakkan penyebaran lebih lanjut yang boleh mencemarkan nilai murni masyarakat,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, tular video pendek memaparkan sekumpulan pempengaruh memberikan nasi bersama tulang ayam yang sudah dimakan kepada seorang gelandangan, sebelum kemudiannya menyerahkan set makanan lengkap.

Kandungan itu menerima kecaman hebat daripada pelbagai pihak yang beranggapan ia tidak beretika dan memperlekehkan maruah individu terbabit.

Mengulas lanjut, Chun Kuang berkata, penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi, sebaliknya semua pihak perlu bermuhasabah.

Menurutnya, fenomena seperti ini tidak berlaku dalam ruang kosong, tetapi lahir kerana kewujudan pencipta kandungan tidak beretika serta permintaan daripada penonton yang ghairah terhadap kandungan sensasi dan kontroversi.

Related Posts

Maritim tahan bot bawa lapan penumpang ke Langkawi tanpa kebenaran

KUALA PERLIS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot fiber yang membawa lapan penumpang ke Pulau Langkawi tanpa kebenaran di perairan Kuala Perlis, lewat petang semalam. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Banteras salah laku, CEIO Sarawak kini wajib lapor terus kepada UNIONS

KUCHING – Sarawak mewajibkan Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) melapor terus ke Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) tanpa campur tangan ketua jabatan bagi menjamin ketelusan pentadbiran awam. Setiausaha Kerajaan Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

Kerugian hampir RM13 bilion Tabung Haji ditanggung bersama

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

RCI Tabung Haji: Tujuh pelaburan catat kerugian, Al-Rawda tertinggi

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Ibrahim Ali sifatkan tindakan pembangkang keluar Dewan sebagai drama politik

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit

Akta Tabung Haji perlu dipinda segera bagi perkukuh tadbir urus, lindungi pendeposit