Pemandu parah, bas rempuh dua lori

ALOR GAJAH – Seorang pemandu lori parah manakala sembilan penumpang terselamat selepas bas ekspres dinaiki mereka merempuh dua lori dalam kemalangan di Kilometer 220.5 Lebuhraya Utara–Selatan arah utara di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.00 pagi itu, mangsa lelaki berusia 23 tahun yang memandu lori jenis Hino dipercayai tersepit di bahagian tempat duduk sebelum berjaya dikeluarkan pasukan bomba.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.02 pagi sebelum 10 anggota bersama sebuah jentera dan pasukan EMRS bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dengan sembilan penumpang dan pemandunya, sebuah lori treler jenis Scania serta sebuah lori Hino tujuh tan.

“Pemeriksaan mendapati pemandu bas ekspres berusia 64 tahun dan sembilan penumpang terselamat, namun pemandu lori Hino berusia 23 tahun tersepit di tempat duduk,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Tambahnya, pemandu treler 14 tan berusia 56 tahun terselamat walaupun dirempuh bas terbabit ketika ketiga-tiga kenderaan berat itu sedang bergerak di lorong kiri lebuh raya.

Ujarnya, mangsa yang cedera parah dan tersepit dikeluarkan pasukan bomba dan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Rembau oleh pasukan EMRS.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.58 pagi dan tiada sebarang masalah dilaporkan sepanjang operasi dijalankan,” katanya lagi.

Related Posts

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

KANOWIT – Program Randau Komuniti 2026 anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Rumah Nyanau Anak Taboh, Danau Changgan, Ulu Bawan terus menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

LIMBANG – Sebahagian struktur bumbung dan siling di Klinik Kesihatan Kuala Medalam mengalami kerosakan teruk selepas dilanda angin kencang dalam satu kejadian, baru-baru ini. Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini